G o n d a n g



"pabiley mocik mengenekkan anok laki-laki, dengan segere pocik mahu ke hutey mencari kenaikey buak anok yang bakey dilahirkey kelak. yakni, gajoh puteh bergadey itey.."

wah! kelas mempergunakan dialek klate yang macam klate siam. tapi, kalau ada orang pertikaikan ada aM kisah? haish! atleast aM try kan mempergunakan salah satu dialek di Malaysia ni yang very the..wah! Satu Malaysia katakan.

Kembali kepada kisah yang aM nak sampaikan, sabtu malam hari tu aM ke Panggung Bandaraya. macam biasalah menyertai salah satu XTVT yang dijalankan oleh kementerian yang telah bergabung menjadi satu ni, buat pertama kali aM menonton Teater Tradisional. aM ulang sekali lagi, TEATER TRADISIONAL bukan seperti teater bangsawan okeh!

Tanggapan aM buat pertama kali mengenai Mak Yong mungkin seperti mana teater bangsawan yang lain, namun setelah melihat latarbelakang yang agak ringkas ternyata berbeza sedikit.eh! banyak la..

Pembuka gelanggang dimulakan dengan tarian Mak Yong, yang menarik minat aM untuk melihat lebih lagi mengenai teater tradisional ni.haha. teringat "MAKI" gadis jepun yang mengajar aM tarian Mak Yong. Sambil menari, lagu Mak yong dinyanyikan oleh Maki dalam bahasa Jepun. hahaha.kelakar dan comel.!

apakah maksud Gondang?kejap, aM nak ceritakan la ni! anak raja Gondang atau nama lainnya "The Snail Prince" kelaskan nama dia.haha.tapi kenapa siput? hurmm.. aM pun pelik, sebab dalam pementasan tu, 100% dalam bahasa Kelantan. gosh! aM paham sikit jer. tapi, bila dia dah mula cakap laju-laju, fuh! seumpama menonton tv dengan suaranya di "off"kan. boleH? sampaikan mak aM pun tertidur sebab jalan cerita yang sangat perlahan dan memerlukan pemahaman yang tinggi.hahah.. kesimpulannya, bagi mereka yang kurang paham akan dialek yang digunakan perlulah merujuk atau membawa penterjemah bahasa kelantan okeh?!wasalam~
aM tak pasti yang ni pak yong atau Mak Yong.



NotaKaki://keseluruhannya, aM hanya meminati tarian Mak Yong sahaja! boleh?



Comments

Popular Posts