kasihmerindu

berkolek-kolek ke hulu
biar sampai ke muara
yang pergi selalu dirindu
yang tinggal kenang dijiwa♥


bila diseru hati celaru
tangan nak sambut tapi tak erat
bukan diriku minta dirindu
cukuplah disebut walau sekerat.



tinggi rumput si dari padi,
bagai bulan tak ketemu mentari,
hanya sejemput tinggalnya badi,
tak daya berjalan merangkak apatah lagi.



siang pagi rasanya malam
bulan diawan katanya mentari
andai hati jadi pualam
kenanglah gemawan disanubari♥♥



awan mendung hati redup
hujan turun lebat dan renyai
andai jantung henti berdegup
hanyutkan tubuh ke hilir sungai.

buaya


kejadian ngeri ni berlaku bila aM berjalan-jalan dengan kawan-kawan aM di KLCC
yeah! KLCC. 
semasa menaiki eskelator,
entah kenapa dia hampir menelan selipar aM
anjat boboi!

nasib baik kaki aM kuat, 
hahaha ! 
perlu juga aM melawan dari membiarkan eskelator tu
dari menelan kaki aM juga!
 berlawan dengan eskelator hampir 30 saat!
aM tarik dari disedut eskelator,
sampai selipar aM putus!!

dang! Putus!
mana nak cari selipar lepas tu.haha!

pertama kali aM jalan-jalan
dengan selipar yang putus.
lepas tengok wayang,
baru jalan-jalan di KLCC mencari selipar.hahah

macam orang gila rasanya pun ada.
 tapi, semua itu tak mengapa
kalau keyakinan diri sentiasa tinggi
#okbai

NotaKaki : hati-hati dimana sahaja, kerana bahaya tak kenal tempat ya.