ceritera dan sherita
rasa lama tangan tidak menari-nari atas papan kekunci yang meriah dengan huruf, nombor dan simbol. masalah yang sering dihadapi, sibuk dengan kerja. entah bila akan habisnya, mungkin sampai aM menutup mata. tersentak sekejap, cukup lagi ke iman aM di dada?
masa menunjukkan 1.12 pagi.
penangan tidur sampai 5.00 petang benar-benar membuat aM mampu bersengkang mata. tak perlu nescafe atau rokok sebatang. gara-gara bertemu rakan seperjuangan. (masalahnya, apa yang aM perjuangkan? berfikir sekejap)
semalam, jumaat 20 November 2009
ada manusia perlukan bantuan, dengan perasaan ihsan aM menghulurkan bantuan. dengan pertolongan aMer sudi menemankan aM, nasib kami satu kawasan rumah. (nasib ada dia, kalau tak aM tepu macam orang gila) oh. orang itu bukan orang lain, orang yang mempersembahkan kebudayaan Malaysia dimata rakyat India dibawah arahan AirAsia juga. aM bantu dia, sama juga aM bantu Malaysia juga. (wah! nak juga ni)
tepat pukul 2.00 pagi.
orang yang dinanti sudah tiba, setelah keluar caci, maki dan keji percuma dari mulut aM dan aMer. (oh! itu sebagai pendorong secara psikologi untuk terus menunggu lebih lama lagi) baru aM dapat sMs memberitahu dia sudah tiba.
bergegas dengan segera ke sana. dengan memandu kereta kakak aM, yang sekarang ni sedang bercuti di penang. atas urusan apa, biarkan jer la.
sepanjang perjalanan, aM hanya membatu. biasa sudah mendengar cerita dari mereka sahaja.
aM? pendengar setia. mulut terkadang bunyi, hanya menandakan aM wujud dalam kereta itu. entah kenapa malas dan tak berdaya nak serta perbualan mereka. sakit hati ni masih ada lagi.
20minit kemudian aM sampai di taman medan.
eh! ada khemah di rumah jiran jauh aM. siapa yang meninggal?
kereta yang dipandu diberhentikan di sebelah kereta merah. penumpang diturunkan disitu setelah kunci kereta dan beberapa barangan lagi diserahkan. dia membawa haluannya sendiri.
aM dan aMer menuju ketempat yang punya teman-teman untuk bersembang dan suka mencarut sesama mereka. (mungkin itu cara mereka merapatkan lagi ukhwah diantara mereka)
bertemu, bersalam sambil melagakan pipi masing-masing tanda keakrabaran (orang arab pun buat, jadi jangan nak mempersoalkan kenapa ada sesetengah lelaki melakukannya okeh!) tanya khabar masing-masing tanda kami saling mengambil berat akan yang lain.
tepat pukul 5.00 pagi
aM meminta diri untuk pulang. yang lain beransur seorang demi seorang. mungkin ada yang takut akan berubah wajah apabila sinar cahaya terpanah di diri mereka. mungkin menjadi pontianak atau dracula dalam bahasa orang putih.(haha mulut puaka)
NotaKaki:hati makin berjaya lupakannya, asalkan dia tidak muncul didepan mata. hadir dia, runtuhlah kecekalan hati. musnahlah ketabahan jiwa.

Comments