selasa

06/01/2009



Pagi selasa yang indah(tipu, indah mane? takde makna!)..aM bangun lambat. pukul 7.oopm baru bangun.mak aih ikraM!! seperti biasa, ke pejabat ku menunggang kuda kesayanganku, KRISS nama nya..meOw! jalan berhadapan dengan Angkasapuri, dipenuhi dengan haiwan-haiwan yang beratur panjang. rusa, gajah, kelisa. oh banyak lagi haiwan import yang bertebaran dijalanan. padan muka kat semua penunggang2 haiwan itew. hahaha.. tapi yang penting, aM lambat ke office..8.04 pagi.hahah lewat 4 minit. peduli apa aM. hujung bulan merungut laaa gaji sikit!.



selesai tambat kuda Kriss aM, am 'flash' kad kedatangan. "Tahniah, anda berjaya melewatkan diri selama 4 minit. TQ". sesi pengurusan berat badan bermula, aM gagahkan diri menaiki tangga ke pejabat setinggi tujuh tingkat. aM ulang, 7 tingkat yew!~ SanteQ punya pasal, segala boleh! tingkat 5 aM dah tercungap-cungap. oh! baru aM tao, aM kurang stamina. hahaha..



8.15 pagi, sampai dimeja aM.. penatnya. kerja aM bermula dengan longgokan L/O (local order) dan beberapa invoice yang macam $%@#$ .. tapi, redha jer la. aM tak sarapan, aM tak minum pagi, argh! banyaknya kerja ni. tolong laaa.. aM lunch pukul 1.20p.m. hahaha.. lewat! tu pun kerja baru separuh habis.



tepat pukul 5.00p.m. kerja am betul-betul habis. siap segala. yeay!! aM siap untuk balik.. seperti biasa, lif bukan pilihanku. hahaha. aM balik menuruni anak-anak tangga. pada anak tangga terakhir, HUJAN! tidak!!~ (patut bersyukur!) aM redah juga bersama kuda aM tu. dari KL, hujan masih lagi mengatur langkah. setiba di PJ, hujan rancak merembaskan khazanahnya ke bumi yang indah ini. oh! tapi insan kecil ni basah kuyup bersama tunggangannya.. 10minit perjalanan seperti sepurnama lamanya. setiba dirumah, hati aM kembali mekar seperti cendawan tumbuh selepas hujan la wei.mekar jer.



Berakhir tempoh sehari seorang penjahat awam ;p

Comments

Popular Posts