bahasa melayu @ bahasa malaysia ?

Hati aM juga tercuit untuk membicarakan mengenai bahasa melayu atau bahasa malaysia setelah menonton rancangan bual bicara bersama Ally Iskandar dalam rancangan yang dikendalikannya sendiri, 'ALLY'.

Selama aM belajar bahasa melayu tingkatan enam dengan cikgu aM, En.Hashim guru pakar bahasa melayu.beliau ada bertanyakan kepada kami mengenai perbezaan antara bahasa melayu dan bahasa malaysia. menurutnya lagi, bahasa malaysia bukan bahasa, tetapi nama bahasa malaysia diambil sempena penggunaan bahasa melayu yang telah diamalkan oleh masyarakat majmuk di malaysia. Perkara ini jelas menunjukan bahasa malaysia bukan bahasa, sebaliknya bahasa melayu barulah bahasadan telah diikhtiraf 'bahasa melayu' sebagai bahasa rasmi negara malaysia.

Kerana terlalu ingin memodenkan bahasa melayu, banyak perkara yang tidak dititikberatkan sehingga banyak pengguna bahasa inggeris dimelayukan. seumpama mengkiblatkan bahasa ke arah barat.. misalnya seperti gambar dibawah:-



Comments

Popular Posts