Festival Zapin Makum 2008


Sekapur Sirih , Seulas Pinang..

Mungkin agak terlewat untuk aM sampaikan perkara ini. Tapi, sekadar menggamit memori (klasikfm) ahaks! tapi, pengalaman sepanjang dua hari berkampung di Universiti Putra Malaysia banyak pengalaman yang aM kutip tanpa tinggal satu pun. uhuks! terdapat banyak perbezaan antara persembahan yang dibuat dari universiti-universiti yang sudah lama berkecimpung dalam bidang tarian, mahupun yang masih baru lagi dalam dunia ini. ucapan tahniah bagi mereka yang menang, bagi yang tidak. tahniah juga aM sampaikan kerana anda berjaya dalam menyertai pertandingan ini. tahiniah diucapkan kepada semua peserta.
PENGENALAN

Festival Zapin MAKUM Tahun 2008 yang bercorak pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat dan kreativiti pelajar dalam membudayakan kesenian Zapin Melayu sebagai khazanah warisan budaya. Dengan penganjuran festival ini, jalinan persefahaman, perpaduan, perkongsian dan kerjasama erat antara institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dapat diwujudkan melalui bidang kesenian dan kebudayaan.

BUTIRAN PENGANJURAN

Tarikh : 1 hingga 4 Disember 2008

Tempat : Dewan Banquet, Universiti Putra Malaysia

Anjuran Bersama : Universiti Putra Malaysia, Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia (KPKKW), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
Sumber : http://www.hep.upm.edu.my/

Berikut adalah keputusan penuh Festival Zapin MAKUM 2008 :

Johan KeseluruhanUniversiti Putra Malaysia (UPM)
Naib Johan KeseluruhanUniversiti Malaya (UM)
Tempat Ketiga KeseluruhanUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Penataan Terbaik
Universiti Teknologi MARA (UiTM) - PRISMA

Penari Lelaki Terbaik
Anuar bin Hj. Salleh - Universiti Malaya (UM)
Penari Perempuan Terbaik
Sharlina Syed Noor - Universiti Sains Malaysia (USM)
Busana Terbaik
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tatarias Terbaik
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Anugerah Khas Juri
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Anugerah Kumpulan Harapan
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Anugerah Seri Perdana
1. Universiti Putra Malaysia (UPM)
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Universiti Malaya (UM)

Anugerah Perdana
1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
2. Universiti Teknologi Mara (UITM)
3. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
4. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
5. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Anugerah Utama
1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
2. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
3. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
4. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
5. Universiti Sains Malaysia (USM)
6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9. Universiti Utara Malaysia (UUM)
10. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

*Jika ada mana-mana keputusan di atas tersalah atau tersilap, pihak kami ingin meminta maaf terlebih dahulu kerana ia berasaskan kepada maklumat yang tidak formal. Sila maklumkan kepada pihak kami mengenai sebarang kesilapan. Sekian, terima kasih.

Comments

Popular Posts