Gusti Putri Retno Dumillah
~ "Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."
~"Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya..."
~ "Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
~ "Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
~ "Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
~ "Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
~ "Ketujuh, darah seguntal tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."
Kategori : Teater
Tarikh : 06 - 21 Feb 09
Masa : 3 PETANG & 8.30 MALAM
Adipati dan orang-orang Majapahit menghadapi saat-saat kekalahan. Seorang pengutus raja telah dihantar ke Melaka untuk mendapat kerjasama menentang Demak. Kekosongan jiwa Puteri mula terisi dengan kehadiran rombongan Melaka yang diketuai Hang Tuah. Cinta pandang pertama mula memutik di antara Puteri dan Hang Tuah.
Tempat Panggung Sari, Istana Budaya
Untuk keterangan lanjut dan pembelian tiket,
sila hubungi :Hotline: 03-7711 5000Laman
Web Tiket: http://www.axcess.com.my/
Atau layari http://www.pglthemusical.com.my/
Teater musikal Puteri Gunung Ledang sudah kembali menggegarkan pentas Panggung Sari Istana Budaya Kuala Lumpur. argh!! aM mesti pergi yew. dah dua season aM terlepas. harus untuk pergi untuk jika ada kesempatan dan tiket lagi yew. itu penting.
Kesinambungan daripada kisah yang yang di adaptasi daripada hikayat Hang Tuah banyak memberikan pengajaran dari pelbagai aspek kehidupan.(apa aM merepek ni?) tapi tu la dia, teater ni harus ditonton oleh pelbagai pihak. TQ.
Comments