lembu jantan
Sudah masuk hari keempat chinese new year 2009 bersamaan tahun lembu jantan. eheks!
sudah masuk hari keempat juga, aM berpisah dengan si dia. hurm.. aM dah mula rindu pada dia. kenapa berlaku pada aM?sedangkan aM yang minta perpisahan ini..
betul ke apa yang aM lakukan ni betul? pernah terpikir untuk kembali. tapi, sukar untuk aM menyayangi dia walaupun puas hati memujuk mencintai dia. bermakna, cinta padanya bukan datang dari hati aM, tapi dari mulut semata-mata.. tapi, bukan tujuan aM nak mempermainkan orang. ada sesetengah pihak beranggapan, cinta itu bisa hadir selepas sekian lama mengenali antara sesama kita. seperti ibu bapa kita yang dijodohkan terlebih dahulu, kemudian baru bercinta. naah! hasilnya, sampai ke anak cucu. tapi, kita yang bercinta dahulu, bertahun-tahun lamanya, bila masuk anak kedua sudah mencari peguam syariah.
Lembu jantan katanya seekor haiwan yg gagah dan berani. dengan menggunakan semangat itu,aM dengan lantang pun menyuarakan hasrat untuk membawa haluan masing-masing. ini bukan tindakan melulu,tetapi aM memikirkan perkara tersebut untuk kebaikan kedua belah pihak. bukan mementingkan diri sendiri, sekali lagi aM ingatkan! aM bukan mementingkan diri sendiri. cuma untuk kebahagian sendiri.
hampir sebulan lamanya aM memikirkan perkara ini, kecelaruan menyelubungi diri aM kembali. adakah ini sebagai tanda aM seorang insan yang sentiasa gagal dalam percintaan?
Mungkin kisah aM tak seagung Qaish dan Laila, Shah Jehan dan Mumtaz Mahal mungkin tak juga seindah Romeo dan Juliet. tapi, perkara itu menjadi impian setiap insan bermadu kasih.
Tatkala aM dan dia begitu sibuk dengan perihal masing-masing, tapi masih tetap tidak ada sekelumit ruang untuk bersama. mungkin perpisahan jalan terakhir untuk kami.
Ketika mereka sedang bergembira menyambut perayaan, aM mencari arah untuk turun hinggap ke bumi setelah hilang sayap kananku.
selamat tinggal sayang~
Comments