INDUKSI
Khursus Induksi : Modul Khusus
Tarikh : 3-5 Februari 2009
Tempat : Auditorium Kompleks
Pejabat Kerajaan Bukit Perdana
Jalan Dato Onn Kuala Lumpur.
Cuti saling silih berganti, dari chinese New year kepada hari wilayah. malas rasanya untuk mulakan hari-hari bekerja seperti biasa, namun itu la kewajipan untuk menuruskan lagi kehidupan yang semakin mencabar..malam isnin, rakan pejabat aM menghubungi aM. bertanyakan mengenai perkara wajib yang membosankan, khursus! gosh! aM hampir terlupa esok ada khursus. thanks NANA! uhuks.
Sebaik sahaja MYVI kekanda sulung yang dipandu aM parking dihalaman rumah, aM segera bersiap sedia untuk esok. tapi, esok khursus bermula pada 10.00 pagi. perlu dilengahkan agar masa yang terluang, diisi dengan aktiviti yang berfaedah, misalnya online.hahahah
9.00 pagi tepat aM keluar rumah setelah selesai sarapan pagi bersama ibunda aM yang tercinta.meow2! enjin motor sudah aM panaskan didapur rumah, sepantas kilat aM menunggang laju ke arah ibukota Malaysia. papan tanda menunjukan arah ke Jalan Dato Onn. naah! itulah tempat yang ingin dituju.
Minum pagi sudah dijamah, para peserta dijemput masuk ke dewan. argh!! beratnya kaki nak melangkah kedalam dewan. Mungkin terbayang-bayang saat yang membosankan bakal menujah kedalam diri sepanjang berada dalam kondisi duduk menghadap ke penceramah. oh! tuhan berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi saat-saat yang membosankan itu.amin!
Petang tepat pukul 5.00pm waktu yang ditunggu para peserta untuk pulang ke gagang masing-masing. tapi, rahmat yang dilimpahkan ke dunia pada masa itu, membantutkan aM untuk pulang ke rumah, penantian membangkitkan impian untuk memiliki kereta sendiri, tetapi bila aM bakal memiliki? hahaha mulakan dengan berangan MOHD. IKRAM, moga verangan itu menjadi impian yang ingin di realisasikan.
Comments