Kertas OMR

Rabu 25/02/2009 tarikh mereka menjadi kaya. Duit masing-masing penuh didalam poket.haha tapi, siapa nak belanja aM makan ni? pagi rabu tu, dalam keadaan hujan renyai-renyai membasahi bumi.


Sekeping roti disapu dengan kaya menjadi alas perut sebelum bertolak. argh! kejarkan masa kerana perjalanan yang jauh terpaksa ditempuh berseorangan. But, im really happy with that! haha..Perjalanan memakan masa hampir 30minit. Penat, jangan cakaplah.


Lebuhraya MEX (kot?) jalan pintas yang aM gunakan untuk sampai ke Dewan Persidangan Seri Siantan tempat yang menjadi persinggahan sementara sebelum kembali semula petaling jaya.


tempat yang dituju telah kelihatan, cubaan untuk mencari tempat meletakan kereta pula menjadi sasaran kedua.ah!! tak jumpa! kena parking bawah bangunan tempat yang gelap dan sunyi, takutlah..!! hahah.
Lif tingkat satu ditekan, terus bergerak naik keatas dengan penghuninya sunyi sepi seperti ditanah perkuburan. (scene seram lagi!) setelah sampai ditingkat satu, aM keluar mencari arah menuju ke tempat yang dialamatkan, "Dewan Peperiksaan seri Siantan". betul! aM kena ambil peperiksaan lagi rupanya. lepas STPM tak perlu fikir untuk menghadap kertas peperiksaan. tetapi, semua itu meleset.cewah!


"Boleh tanya, tempat peperiksaan bagi jawatan ...... dimana yer?" ikRam bertanya pada seorang kakak yang sedang menyandar ditepi pintu masuk tandas. "masuk ikut pintu disebelah sana, encik". wanita itu membalas dengan penuh keayuaan.


Pencarian terakhir, meja peperiksaan! dimana aM perlu duduk? tak kisahlah mana-mana pun yang penting duduk. kan? lima minit kemudian, aM terkejut dengan kehadiran rakan setugas yang mengambil peperiksaan juga.NANA datang dan duduk disebelah. yeay! ada juga kawan, duduk sorang nanti tak mati kutu aM dibuatnya?
Taklimat telah diberi, aM sebagai pendengar setia mendengar setiap arahan yang disampaikan. (bapak gila skema!) kertas OMR diedarkan kepada semua calon, kertas yang diberikan bersaiz satu setengah kertas A4 biasa. Terkejut, tapi biasakan sudah!


Peperiksaan pertama mengenai Pekeliling, dan peperiksaan kedua bermula 11.00 pagi sehingga 12.00pm pula ialah General Order (G.O) pening kepala sekejap. sebab aM langsung tak menelaah, apatah lagi mempraktikkan semua perkara yang berkaitan. Redha dan tawakal je la iKraM..


aM keluar dari dewan, lima minit awal dari masa yang diperuntukan. yeay! hepi sangat okeh! tapi sebelum tu sempat juga aM mengambil gambar. rata-rata mereka semua menjangkau 20 tahun lebih. hahaha rasa diri ini yang paling muda! meow!~ aM kembali kerumah dengan hati girang sambil menyanyi lagu "anak itik pulang petang uols!"












Comments

Popular Posts