Malam Pertama

Mata sering melihat kearah jam di dinding, merisaukan apa? menunggu sesuatu atau orang? biarlah rahsia..siti nurhaliza! eh! kesabaran itu katanya separuh dari iman, dah macam-macam dosa aM buat, hilang separuh. kalau aM tak belajar sabar hilang pula separuh. eh, maknanya aM hilang la semua? gosh! minta dijauhkan.. (menggelengkan kepala sambil berisghfar jap!)

Waktu yang dinantikan pada jam enam. Jam lima waktu kebebasan sementara, saat yang aM nantikan. huhu.(walaupun esok masih lagi ada hari bekerja!) Macam biasa, lewat 13minit keluar dari pejabat. hurmm.. semua tu tiada masalah ikram, sebab malam nanti kau akan lagi jadi buas! haha.

Tempat dituju, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya. perlu sampai disana pada pukul enam petang. Percubaan untuk mempraktikan dalam mengamalkan cara orang barat berjanji, dengan sedaya upaya aM amalkan.uhuks! kerana, mereka tersangatlah mematuhi masa. uhuks!

Namun, tidak semua mempraktikannya. aM dengan penuh sengal pun lupa yang aM sedang membuat janji temu dengan rata-rata orang melayu.haish!! seperti biasa, pukul 6.00pm masih tidak kelihat walaupun seorang disana. adakah aM lewat, atau pun aM terlalu awal? jam ditangan menunjukan pada nombor enam (6). argh!! melayu, janganlah terus meLAYU...

"ikram, you dekat mana tu?" soalan yang terpacul ke telinga aM selepas butang hijau ditekan ditekan. kebetulan, aM menuggu dia bangunan Maxisegar (gabungan maxis segar ke?) argh!! macam biasa, masih menunggu mereka yang lain. gurls n gugurls, im still waitting. again!! uhuks! tak mengapalah, mungkin setahun lamanya tidak ketemu dan bila berjumpa riuhnya memang tak terhingga.

langkah diatur dengan penuh sopan mengikut adab dan tatasusila orang melayu (ramai ke yang masih ikut lagi?adoi!) ke menara MPAJ.. lama tak jumpa teman lama, Dil. Penari UPM ketemu lagi kita disinikan Dil.uhuks! tahun lepas, kita dalam kumpulan yang sama. tahun ini pun bernaung dibawah bumbung yang sama. tapi, rata-rata semua muka baru. tidak kurang juga ada gugurls yang catwalk sambil buat muka kekwat, menghayun kaki melangkah umpama seorang diva dunia tanpa membuat lambaian ratu yang mesra peminat.ah! pedulikan!

Kami semua berkumpul disuatu tempat, sambil taklimat ringkas dan padat (tapi apa yang disampaikan aM masih lagi tidak memahaminya!) disampaikan oleh koreografi kami a.k.a mak hayam besar. Kemudia sesi membahagikan pada kumpulan-kumpulan tertentu.


abg Jai memberikan taklimat!~


Dibawah koreografi kami, abg Jai ('abang' ke kau mak hayam?) membawa tema pada tahun ini berasaskan salam pantai timur. Dari borneo, Sabah Serawak, begitu juga dengan kumpulan Wau Bulan juga dibawah naungan abg Jai juga. oh! tak sanggup untuk aM mengenakan busana CAWAT SEMATA-MATA!! tapi, aM terpilih untuk menyertai kumpulan nelayan, bergabung dengan penari-penari dari uitm shah alam.haha tak sangka, bertemu teman lama aM, PET. penari dibawah Pak Ngah, kali terakhir berjumpannya di Festival Zapin Makum 2008 di UPM.
(diluar kau sangat gagah, tapi sangat woman bila menari)hahaha.sowi pet!meow2!~

Walaupun semua mahu beraksi hebat malam itu, namun ada juga yang masih baru lagi dalam dunia ini. keKONGKANGan masih lagi dapat dilihat pada sesetengah orang.haha. bukan nak mendabik dada, cuma kata-kata dari mata sahajoh! mungkin ini hari pertama, so jangan menilai seseorang pada hari pertama berjumpa. okeh? tapi, untuk aM 'all out' semalam mungkin terlalu awal, ditambah pula dengan ruang yang terlalu sempit. hampir berlanggar dengan gadis-gadis sArawak dan selalu berlanggar dengan nelayan-nelayan yang lain.Haish!

Hari-hari kemudian akan ditempuh dengan ilmu serta pengalaman yang lebih banyak ditimba dari mereka yg lebih berpengalaman. go ikram!!

p/s:maaf la sebab tak dapat mengambil gambar yang banyak disebabkan latihan yang kerap. argh!~

Comments

Pojiegraphy said…
finally jmpe gak blog die ni.
mohdikram said…
hahah.
finally yeah~
meow2~

Popular Posts