Perhimpunan Gergasi

Tiupan nafiri dan pukulan jidur telah membangkitkan kembali semangat-semangat yang telah sekian lama menyepi.. hampir setahun lamanya sekalian umat yang punya bakat yang sama tidak bertemu dalam perhimpunan gergasi. kali terakhir bertempat di Putrajaya. berhadapan bangunan "Palace of Justice"


Persiapan dari kontinjen dari negeri dan pertubuhan masih lagi tidak dapat dikenalpasti secanggih dan sehebat mana persiapan mereka. yang pasti, kontinjen dari DBKL (kalau tak silap aM la) akan bermula persiapannya untuk acara wajib setiap tahun bagi sebilangan mereka yang menyertai perhimpunan ini. masih tidak dapat digambarkan sebagai mana kemeriahan yang bakal berlaku.


Kali ini, perhimpunan tersebut akan diadakan bertempat diDataran Kuala Lumpur. Tarikhnya masih tidak lagi tidak dapat dikenalpasti. namun, kehangatannya sudah mula dirasai bagi sesetengah pihak yang menanti.


Penyertaan perhimpunan ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur sama ada pelajar mahupun yang sudah mempunyai karier mereka sendiri. termasuk daripada golongan profesional seperti doktor, peguam, tentera dan pelbagai peringkat lagi.

Jadual waktu aM sudah diatur seiring dengan jadual masa seharian yang berlangsung, timbang-tara mengenai perihal kerja dan juga persedian untuk perhimpunan itu sendiri perlu aM fikirkan dan bersedia untuk PENAT! namun, kepuasan yang dirasai mungkin dapat mengasyikan seketika dari merasai kepenatan itu. cuba untuk berfantasi seketika.yeay!!

Tahun lepas, aM mewakili kontinjen negeri KEDAH DARUL AMAN. negeri jelapang padi. tapi apa kaitan aM dengan negeri Kedah? uhuks! itu la yang ingin kita bicarakan. namun, hal itu sudah lepas, mungkin sudah berdebu kisah itu. Permulaan tahun 2009 dengan harapan perhimpunan disertai oleh ramai pihak amatlah membanggakan. siapa tahu, perhimpunan kali ini mendapat liputan yang lebih meluas hingga keseluruh negara. siapa tahu?huhuhu

Ajakan dari teman-teman untuk mewakili Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun ini, amatlah menggUmbirakan hati aM. Jika tahun lepas, aM berpeluang mempelajari CINTA SAYANG, satu penghargaan jika dapat mempelajari sesuatu yang baru pada tahun ini. GO IKRAM!!~

Februari 2009 bulan yang padat dengan pelbagai aktiviti, termasuk persediaan untuk perhimpunan ini. tak sabar menanti bertemu dengan teman-teman lama dari kontinjen yang berlainan. Petang selepas tamat waktu bekerja, aM harus bergegas ke Dataran MPAJ untuk memulakan persiapan itu. pada 18 februari jugalah, segalanya akan bermula dari jam enam petang sehingga 10.00 malam latihan itu berlangsung. agar tiada cacat cela yang berlansung pada perhimpunan itu nanti. nantikan perhimpunan gergasi para penari dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur sempena majlis perasmian CITRAWARNA 2009 : )






CITRAWARNA 2008





BENARD-DIL-RICKY
PENARI UPM




BERSAMA KAK BABY




SAYAP KANAN



SAYAP KIRI

Comments

RemyLC said…
wah, kemain am bersama kak baby erk...

Popular Posts