Berakhir Sudah



Berakhir sudah satu kisah penceritaan mengenai Malaysia dalam satu malam. Berakhir juga satu pesta keramaian buat rakyat Malaysia dan masyarakat luar lebih mengenali mengenai Malaysia.

Ramai yang beranggapan Citrawarna makin kurang menarik mungkin disebab peralihan tampok pemerintahan bagi pesta tersebut dari KEKKWA kepada Kementerian Pelancongan, maka temanya juga berbeza. Daripada Kebudayaan telah menjadi kepada Daya Penarik Pelancongan.

Perihal yang pelik, Malaysia sudah kekurangan "Choreographer" ke? atau sudah ketandusan idea? sebagaimana idea penggunaan "manusia belon putih" tidak menggambarkan sedikitpun ciri-ciri KEMALAYSIAAN. Namun, tidak pula menolak erti kemodenan ataupun belajar mengenai perkara baru.

Persembahan pelbagai kaum dari seluruh negeri di Malaysia bukan diimport dari negeri asal mereka, tetapi dikumpulkan penari-penari dari Kuala Lumpur itu sendiri.ah! mungkin budget banyak disalurkan kepada "manusia belon putih" yang didatangkan khas nun jauh dari sana. diingkatkan kembali, bukan berkaitan dengan PHD mahupun iri hati, hanya inginkan satu perubahan yang bersesuaian dengan keadaan.

Biarlah segala perihal itu difikirkan oleh mereka yang lebih bertanggungjawab. Jika menyuarakan pun, seperti suara burung kelicap yang berkicauan diatas pokok, hanya didengar tanpa rasa ingin ambil tahu kerana sudah mengetahui, itulah hukum alam.





Comments

Popular Posts