Dewan Tunku Canselor
Tiga malam berturut-turut bermula 22hb Mac 2009 sehingga semalam 24hb Mac 2009, Dewan Tunku Canselor menjadi tempat persinggahan sementara aM pabila jam menunjukan tepat pukul lapan malam.
perancangan untuk mengunjungi DTC hanya pada malam "Tradisional Melayu". namun, pindaan tarikh tiada siapa ketahui. baik aM, mahupun teman-teman yang lain.Namun, kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja, bertukar menjadi pengalaman dapat melihat tarian Cina dan India.
Malam kedua 23hb Mac 2009, merupakan malam Tradisional Melayu. penyertaan dari 10 buah kolej berentap sesama sendiri. Tarian tradisional terbahagi kepada empat, Zapin, Inang, Joget dan Asli. Setiap kolej harus mempersembahkan dua jenis tarian tradisional. Namun, kebanyakan kolej mempersembahkan tarian Inang dan Joget.
Perkara yang menarik pada malam itu, persembahan Zapin Tidong dari Sabah berjaya memikat hati penonton. mungkin kerana ketangkasan serta bersahaja cara mereka mempersembahkan. Namun, ada juga sesetengah kolej hanya "copy paste" dari yang sedia ada. mungkin sudah ketandusan idea ataupun sudah kesuntukan masa?
Malam ketiga mempertandingkan tarian kreatif dari lapan kolej yang bertanding. Keputusan tidak dapat aM ketahui mungkin kerana aM pulang agak 'awal' sebelum keputusan diumumkan. rata-rata mereka mempersembahkan tarian etnik dari negeri-negeri tertentu. Tetapi, yang berjaya menarik perhatian aM dari kolej yang mempersembahkan tarian yang bertajuk "NUR" dan "KUSUT SERABUT". Walau bagaimanapun, ucapan tahniah buat UM kerana berjaya melakukan Festival Seni seumpama ini.
nak mula dah!
habis!~
Comments
"idea" tu buah fikiran, inspirasi dan yang sewaktu dengannyer..
"ideal" pulak macam secocok, sesuai, macam dalam ayat "pasangan ideal"
hmm just kongsi2 ilmu, jgn la sentap ke ape ke.. ok, aku tau la ko sensitip ahak3