Bangsa Di Awan


Malam sabtu, malam pertama aM turun ke Dewan Panggung Bandaraya untuk menyaksikan Teater Bangsawan berjudul "Semerah Padi". Penceritaannya sama dengan apa yang ditonton dalam lakonan P.Ramlee. itu pun, kalau anda-anda sekalian menontonnya lah. huhuh.

Malam pertama, aM terlewat menyebabkan tidak dibenarkan memasuki Dewan Panggung. argh!! aM menjerit sekejap. cadangan dari orang yang menemani aM pada malam itu agar teater itu digantikan dengan menonton wayang di One Utama.

Tiket habis! cerita di OU tidak menarik minat aM. Teman aM itu kembali menyuarakan idea yang bernas agar mencuba nasib di pawagam di IKEA. Kisah, Shopaholic!


Malam kedua aM cuba untuk datang awal. Amin! sempat untuk masuk awal dan mendengar 'Live Band' mendendangkan lagu-lagu klasik! argh! terkinja-kinja kaki menahan diri dari menari.inilah kali pertama aM menyaksikan Teater Bangsawan!

Berdebar-debar menanti apakah yang akan berlaku disebalik tirai itu. Bangsawan Sri Resam Darul Ehsan adalah Badan yang bertanggungjawab dalam mempersembahkan teater malam itu.

Babak demi babak dipersembahkan seiring dengan persembahan selingan dari penari-penari Kebudayaan Negeri Selangor.Ada naik turun persembahan dalam Teater Semerah Padi. Sehinggalah, aM menguap beberapa kali tanpa disedari.

Tidak perlu aM menceritakan jalan cerita Semerah Padi. Tidak ada ubah sedikit pun dengan rakaman asal yang dilakonkan oleh P.Ramlee. Sehingga babak-babak Aduka dan Dara melakukan zina turut di tunjukan.haish!!

Tepat 10.30 teater habis dengan jayanya. Perut aM lapar tak terhingga. Namun, Diet tetap diet. diKerichi aM memesan Kuey Teow Goreng Basah! aM minta 'kering'... tapi telan sudah!


Teater Bangsawan Wajib ada 'Bingkai' itu


salah satu hukuman bagi mereka yang berzina ; SULA

Bukti aM lapar sungguh malam itu!


nota kaki :// agak berpuas hati juga akan teater tu. *** aM bagi.










Comments

RESAM said…
Terima kasih memberi sokongan kami dari Resam akan cuba yang terbaik lagi selepas ini.

Popular Posts