TerangBudaya
Pukul 7.00 pagi tepat aM sampai dipejabat. agak terkejut kerana aM orang pertama tiba dipejabat. mana semua orang? janji 7.15 pagi kena ada dipejabat dengan kadar segera! aM memberanikan diri membuka semua lampu dipejabat lengkap berbaju batik! argh! batik lagi, matang sangat kau aM!
Kak Yan orang kedua sampai. staff baru dipejabat aM.tetapi orang lama diPenerangan. (macam mana tu?) kami berdua sudah mati kutu dibuatnya kerana janji! melayu oh melayu. detik demi detik berlalu sehingga ke angka 8.00 pagi.
Panggilan telefon dari SUB aM, En.Jana! "Mana semua orang ni? bas dah nak bertolak, arahkan semua orang dipejabat untuk turun sekarang!!" nasib baik bukan aM yang jawab panggilan dia. huhu. persiapan dimulakan "RestRoom" (tak aman okeh, duduk dalam tu lama-lama).
Lif dinantikan dari tingkat tujuh. aM mengatur langkah untuk ketempat yang diberitahu oleh en.Jana..
Tangga bas Ankasapuri didaki.eh!tempat pegawai dah penuh. baru nak berangan! aM melangkah sehingga ke kerusi dibelakang sekali dengan muka rasa "Keterpaksaan"(bak kata kumpulan Hijjaz).
tepat 8.30 pagi, aM sampai dibangunan Sultan Abdul Samad (mahkamah lama). Ketemu Menteri Baru kami. en.Rais Yatim! kami sampai agak lewat, majlis sudah bermula. doa mohon keredhaan sudah kedengaran dari perkarangan Bangunan lama itu.
Ucapan dari menteri sudah bermula.Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan nama baru setelah menteri Rais Yatim untuk memendekkan nama dari pemimpin Malaysia bagi memudahkan sebutan nama kementerian itu. (point itu jer yang aM ingat.huhu)
Setelah matahari memancarkan sinaran keatas mereka yang utuh berdiri didataran itu, maka mereka yang berucap mengambil langkah untuk menamatkan perhimpunan pada pagi itu. (masa untuk makan!)
Nasi lemak menu pada pagi itu, ah! tiba giliran kami, makanan sudah habis. maka, cafe diAngkasapuri menjadi tempat yang dituju. aM segera menuju ke bas untuk segera pulang! aM lapar okeh!..
NotaKaki://sekarang, keluarga kami semakin besar dan ramai. along dan kongsi gelap pun
tak boleh lawan!.
Comments