DelimaMustikaSakti
aM bangun pagi sabtu agak lewat. eh! tersangat lewat pada pukul 1.24pm baru terdaya mata aM mencelik melihat dunia sabtu. hurm.. aM melihat di telefon, terima sMs dari aMer. "aM, mel otw!" eh! aM cakap OTW kemana? ha! lupa hari ni ada menyuarat jawatankuasa ahli kayangan untuk berbincang mengenai turun ke bumi PD untuk bercuti.
Tapi, aM kena teman Mak aM makan dulu. Ahli syurga yang lain tiada, ayahanda dan kekanda tua aM balik kampung, kekanda Narim pula ke Ipoh, bercuti juga. yang tinggal aM dan bOnda.
setelah pulang dari kedai, mengisi perut! huh kenyang, nama aMir sekali lagi muncul di paparan skrin telefon bimbit aM. "Weols dah sampai ni, kat hujung khemah majlis kesyukuran orang meninggal." eh! ada juga yang bangun malam KELIWON nanti ni! "baik i keluar sekejap lagi"
Hujan!! hurm, kena bawa payung ni sebab bersama aM laptop kepunyaan kakak aM yang ditinggalkan. aM bawa bersama untuk memudahkan urusan perbincangan yang akan berlangsung nanti.
Sampai sahaja di MYVI hitam milik MeL, aM terkejut dan gelak besar. Siapa sangka perkara tak dirancang berlaku. ketiga-tiga kami memakai baju bewarna merah! Cadangan MeL untuk mengajak sekali aBg aNep turut serta dalam perbincangan ini, membuatkan kereta MeL menderu laju menuju ke Shah Alam.
meja bulat dicari, eh! dekat Pelita tak ada PLUG nak cOcOk la. aBg aNep bagitahu, mall sebelah Restoran Pelita ada kopitiam! aM order 'Xi Mut Coffee', eh! sini pun tiada plug. hurm.. bincang pakai mulut jer la dan keputusan Sebulat suara telah diterima. yeah! berlibur 29 Mei 2009 jadi!!..
4.30 pm kami keluar dari KopitiaM. aMer dan MeL mencari arah jalan ke Watson's yeah! itu la mereka, katanya perlukan pil, (yang penting bukan pil Marvelon) mungkin untuk menhaluskan kulit. kalau nak jimat, gunakan kertas pasir. bertambah halus kulit kalau digosok setiap harikan?
Melangkah keluar dari pusat membeli belah yang tidak dikenali, aM sempat singgah melihat kek pelbagai bentuk di kedai Kek Dan Pastry BEE'S. mungkin kedai baru, aM sempat membeli sepotong kek keju (cheese cake la!) yum.yum. buat bonda dirumah!lalala..
MeL menghantar pulang aM dan aBg aNep ke rumah aM, hurm. plan kedua, pada waktu malam untuk ke Panggung Bandaraya DBKL.
Pukul 7.00 pm aM dan aBg aNep menunggu bas! sedang lena dibuai hembusan angin malam, seOrang wanita India datang menyerahkan sekeping tiket. hurm. aM membatu sekejap dan mengambilnya sambil memberikan senyuman manis buatnya. (baiklah kakak ni, nanti kita menari hindustan sama-sama ok)
7.30 aM sampai di central Market. hurm.kaki melangkah laju mengejar aBg aNep yang berjalan laju dan Panggung Bandaraya yang bergerak sedikit demi sedikit entah kemana. yeay! sempat juga masuk kedalam Panggung.
Seperti biasa, dia akan bertemu dengan teman-teman DBKLnya dan beberapa orang bekas penari. semua aM tak kenali, duduk jauh seperti biasa menunggu dia habis berbicara bersama temannya.
kebosanan menunggu tiba waktu untuk masuk kedalam diisi dengan melihat sekitar bangunan lama. huh! bunga-bunga yang diletakkan disekitar panggung itu semuanya segar-segar belaka. sempat juga aBg aNep memperkenalkan 'Dancing Lady' kepada aM. sejenis bunga yang kelihat seperti seorang wanita yang menari sambil memakai gaun besar disertakan hiasan kepala. (nok diluar sana jangan Verangan nak jadi 'Diva Lady')huhuhu
Ramai yang tidak hadir kerana Akademi Fantasia Barino 7. ah! mereka yang hadir, pasti bukan peminat setia AF7 kan? pintu masuk panggung dibuka, dimulakan dengan jemputan yang dipanggil khas, diikuti keluarga yang punya anak kecil dan seterusnya meraka yang tinggal.
Kumpulan Teater pada bulan ini berasal dari Johor Darul Takzim. Badan yang bertanggungjawab mengendalikan persembahan pada malam itu dari kumpulan "Sri Mahkota Alam" uniknya orang Johor, dari segi nama lagu, tempat, kedai atau nama kumpulan mesti ada nama "Seri @ Sri".
Hurm lupa aM nak sampaikan tajuk Bangsawan malam itu, tajuknya Seri Mustika Sakti. nama cincin sakti yang boleh berlampu milik baginda raja. Seri pula Heroin teater bangsawan itu. (kan dah cakap, mesti ada nama Seri kan?)Kumpulan Teater pada bulan ini berasal dari Johor Darul Takzim. Badan yang bertanggungjawab mengendalikan persembahan pada malam itu dari kumpulan "Sri Mahkota Alam" uniknya orang Johor, dari segi nama lagu, tempat, kedai atau nama kumpulan mesti ada nama "Seri @ Sri".
perjalanan cerita yang agak menarik, tapi ada seperkara yang merungsingkan dan menghuru-harakan aM pada malam itu. mengenai pelakon Bernama Seri. seorang anak desa yang kasar perwatakannya.namun, watak yang harus dilakonkan pula berwajah lembut dan ayu. (pengkid kot seri tu) kadang-kadang merasakan persembahan salingan lagi menarik dari bangsawan yang dipersembahkan.
Persembahan salingan yang dipersembahkan oleh Badan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor.haha seronok dan ligat melihat aksi mereka dipentas. penghawa dingin pada malam itu sejuknya sampai ketulang, aNg aNep dari tadi bersin dan kesejukan, lari keluar untuk hangatkan badan. sehingga tamat teater bangsawan.
selepas kaki melangkah keluar dari panggung, sekali lagi aBg aNep ketemu dengan teman-temannya. seorang temannya aBg aNep nampaknya tak sombong, sempat melambai tangan pada aM.(itu bukan tandanya gatai okeh!)
Perut terasa lapar, hurm cadangan untuk makan di KTM lama diajak aBg aNep sekali lagi. aM order roti canai banjir. lama gila rasanya aM tak makan roti canai.haha gara-gara diet!lalalala.. habis sahaja, kami segera pulang ke rumah menaiki komuter.
Penat!!
NotaKaki:// KTM akhir pada pukul 10.45pm (aM menunggu tren 11 hingga 12.15 pagi) lalalala
Comments