BercutiDalamNegeri (Hari Kedua)

Haish! gemOk lagi aM ni!

Seawal pagi, aM dikejutkan oleh beberapa orang makhluk untuk bangun! mata berat mata aM nak melihat dunia, tapi kesejukan pagi memaksa aM bangun dan mencapai air suam untuk disapukan kemuka.hahah kesegaran yang dirasa, bagaikan nikmat dialam syurga.

Seperti biasa, siapa yang awal bangun, dialah mencari makan pagi. aM, MelL dan aBg aNep bertiga mencari sarapan pagi. maknanya, kamilah yang bangun awal pagi. semuanya gara-gara melL yang tidak dapat melelapkan mata kerana apa, tidak diketahui. hahah. Kami bertiga dengan hanya mencuci muka dan menggosok gigi beserta pakaian pagi yang tidak bertukar, keluar menaiki kereta aBg aNep untuk ke warung berhampiran. hurm.. yang ada, nasi lemak, roti canai dan goreng-goreng. "chicken chop", atau "coffee" menaDoo! so, jangan nak berangan. aM memilih nak makan nasi goreng beserta sambal dan telor goreng. mel, amer dan pet dibelikan buat mereka sebungkus nasi lemak seorang. aBg aNep pula mengidamkan lontong.haish! siap dibungkus dan dibayar, kami pulang ke apartment.

Setiba dirumah, aMer mengajak untuk mandi laut dulu. ahaks! awal pagi pekena air laut pasang yang sejuk tu? ahaha. masing-masing bersiap untuk turun ke laut! ahaks! disebabkan awal pagi kami turun ke laut, maka tiada pengunjung yang kelihatan disekitar pantai. haha! yeay! kami mengawal pantai tersebut!

selesai mandi laut, kami naik semula ke darat. acara mandi masih lagi diteruskan dengan mandi di kolam renang yang disediakan di apartment tersebut. haha sekali masing-masing mengeluarkan teknik berenang-renang seakan-akan duyung lautan! bezanya, tidak memakai cengkerang dan berambut panjang ikal mayang. haha

Selesai mandi dan menukar pakaian, kami siap untuk mengisi perut dengan sarapan pagi yang dibeli awal pagi tadi. tidak lama kemudian, aM dan yang lain-lain bersiap-siap untuk keluar, dan aMer yang baru mendapat berita bahawa Datuknya meninggal dunia semalam dan terpaksa ke Melaka selepas sarapan. al-fatihah buat datuk aMer..

Yang menghantar aMer Klebang, melL dan pet. aM dan aBg aNep ke kampung aBg aNep diMelaka. sampai dikampung aBg aNep, bertemu dengan anak buahnya dan mengambil mereka untuk dibawa berjalan. fuh! katanya, setengah tahun tak pulang ke kampung! ahaks! sebelum itu, aM dibawa kebeberapa tempat bersejarah! (ahaks! macam pelancong asing plak!)

KeMelaka

Anak Buah Yang Paling Kecil
Pocik yang BAIK!

Dari rumah ke Perigi Hang Tuah, menurut kata pemandu pelancong tak diikhtiraf (abg aNep) perigi itu digali sendiri oleh Pahlawan Melayu itu sendiri. fuh! dari sana, kami dibawa ke bukit St.Paul tapi tutup kerana kerja-kerja penurapan jalan. dari sana beralih pula ke Bukit Cina, ahaks! disana hanya terdapat jirat Cina SAHAJA! yang menariknya, ada yang dah beratus tahun kot!hahaha.


Gereja Merah(kot?)

Masjid Ciri-ciri Melaka (Pagoda Cina)

Perigi Hang Li Po

aM sMs melL, bertanya "dimana anda? jumpa di dataran pahlawan okeh!" plan utama kami nak berjumpa di bandaraya Melaka. tepat pada pukul 12.00 tengahari aM tiba dulu dari melL. perut terasa lapar yang amat! (padahal pagi tu, dah melantak nasi lemak!) kami ke foodcourt di malL bawah dataran, nama malL tu aM tak tahu la. pada mulanya, aM nak order Char Kuey Teow, tapi aM tengok macam cair dan tidak menyelerakan. eugh!! so, aM tak jadi beli, sebaliknya aM order Nasi Goreng Omelet!telur, aM suka telur goreng!

Setengah jam kemudian, melL dan pet datang tanpa kehadiran aMer. setelah Kedua mereka habiskan minuman, kami semula memulakan langkah untuk berjalan-jalan disekitar bandar bersejarah, Melaka! dimulakan dengan Kota A'Famosa, dan mendaki naik ke Gereja lama, sekali lagi aM lupa namanya.hahaha


melL + aM

pet + aM

aM

Selesai Berjalan disekitar bandaraya melaka, masa untuk pulang pula! sempat beli barang ditempat yang tidak dikenali juga.banyak menjual barangan cenderamata. satu pun tak menarik minat aM. makanan pelik-pelik pun aM tak selera nak beli, mengenangkan orang dirumah nantikan ole-ole, aM beli jer la apa yang aM rasa di KL tiada. selesai jer, kami pun berpisah kerana melL parking tempat lain. kereta aBg aNep di Dataran Pahlawan. haish! kami berpisah, dan bertemu kembali di PD.

Perkara paling bengang berlaku, apabila kereta kami di "Block" oleh orang yang tak bertanggungjawab. vongok sangat! mereka tak boleh berfikir dengan baik ke situasi orang lain macam mana?haish! inilah punca-punca masalah berlaku apabila ada yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan mengenai orang lain! dari satu jam ke dua jam menunggu, dari dua jam ke tiga jam menunggu. haish! anak-anak buah aBg aNep diambil oleh mak mereka. Kami yang tinggal, terpaksa menunggu.fuh! cadangan aBg aNep nak menonton wayang, terpaksa aM turuti walaupun hati bengang gila dengan orang yang tak bertanggungjawab itu!!

ni lah kereta tu, agak %***^&

Selesai menonton Night At The Museum 2, aM kembali ke kereta. seronok KEMAIN bila kereta yang menyusahkan, hilang dari pandangan mata. yeay! tapi, perut masing-masing berbunyi. perjalanan dari Melaka Ke Port Dickson memakan masa DUA JAM! fuh! sebelum tu, kereta perlu diberi minum. dan Kami meneruskan perjalanan ke PD, tapi sempat juga singgah di salah sebuah restoran semata-mata hendak membeli "daging dan telur ikan masak asam pedas!" meliur okeh masa tu, tuhan jer la yang tahu.

Menuju pulang.

Sampai di Apartment, aM mandi segarkan badan. tanpa ambil peduli walaupun jam menunjukan pada pukul 12.00 tengah malam, aM segera ke meja makan untuk makan nasi berlauk asaM pedas! aMer dan melL sudah selamat beradu, yang tinggal aM, aBg aNep dan pet duduk berkumpul dimeja makan untuk meneruskan hidup. selesai makan, kami menonton video. dari cerita omputeh ape entah, ke Red Cliff. dengan tidak semana-mana, pemandangan aM menjadi gelap!! aM dah tidur la..



NotaKaki://Bersambung....




Comments

Unknown said…
ooooo...
best nyer ge cuti-cuti
Anonymous said…
oo.. skang suke pose berdiri kaki kanan di lipat sikit ekkkk.. nak tunjuk peha dah kecik ker...
tahniah, termotivasi la jugak melihat smgt dan kesungguhanmu hehehehe
Ejaylicious said…
Bestkan!Sekali sekala gi jenjalan rehatkan diri...sesambil cuci mata tengok "alam" yang indah ini.
Anonymous said…
best kn dpt g mlk??^^
Ejaylicious said…
TanSri....nanti i cuba carik kalau ada versi YWJ. Pasal Video Zapin Sri AMn..tak ada la...tapi ada yang buat record masa show...
Ejaylicious said…
Minggu depan gi KL..so leh kita belajar sama. I ajar u Zapin2 Sarawak u ajar i Zapin2 Johor..
Anonymous said…
ooo tan sri wat klas private blajar zapin sarawak dgn org sarawak ye... nanti dah tau, ajarlah patik yang hina ini wahai tan sri yang indah berseri (quoting u back ok!)

Popular Posts