BercutiDalamNegeri (Hari Pertama)


Jumaat 29/05/2009, bangun pagi dimulakan dengan senyuman yang seakan-akan munyit chumel. ah! aM kena bangun awal tanpa mengambil sarapan pagi, terus berlari memanaskan enjin kereta. tempat pertama, menuju ke Shah Alam. Berbekalkan gambar yg di "printscreen" dari "google maps" terus memecut mencari arah jalan ke kilang Panasonic. "sampai disana, terus memandu perlahan ke arah tempat letak kereta pelanggan "Customer Service" yeah! aM nak hantar barang untuk diperbaiki, Kamera Digital kepunyaan temannya abg haniff.. adoi! kebetulan rosaknya ditangan aM (aM tak rosakkan kamera tu tao!) dengan penuh rasa tanggungjawab (ceh!) harus aM sendiri yang menghantar untuk diperbetulkan.

Segalanya telah selesai, aM mengambil resit beserta bateri kamera yang diberikan kepada aM untuk dipegang. keluar dari kawasan kilang panasonic tu, perut mula berkeroncong! ah! aM lupa nak ambil sarapan pagi. hurm.. singgah disalah sebuah restoran ala-ala kopitiam di shah alam juga.kepunyaan pengusaha melayu. makanan kebanyakkannya sudah bertukar hidang kepada makan tengahari, yang tinggal hanyalah roti canai! tambah kolesterol la aM, aM pesan sekeping roti canai banjir dan segelas teh tarik.haha adoi!

Kenyangnya membuat aM rasa hendak mengangkang buat aM tabah hati untuk memandu pulang ke PJ, di Tol Batu 3, kenderaan beratur panjang menguji sekali lagi kesabaran . aMer menghantar sMs, "dimana anda?" aM membalas "otw ni, jam plak kt tol." duit RM1.10 sudah berpindah milik ke kakak tol itu. selamat tinggal RM1.10

tepat pukul 12.00 pm, aMer sMs aM sekali lagi. "weols otw." aM menunggu setelah 30minit mereka selesai sarapan pagi pada pukul 11.30 pagi.hahaha



-2 jam kemudian-



kami tiba dipekan PD, dengan menaiki sebuah kereta mencari arah menuju ke apartment yang ditempah, rasa seronok melihat pemandangan pantai tidaklah sehebat mana kerana dua orang dari yang sepatutnya pergi, membatalkannya di saat akhir.

tingkat empat, bilik no berapa aM pun lupa. segera melangkah untuk melihat keadaan dalam apartment tersebut. agak berpuas hati. pemandangan berhadapan dengan laut dan hutan-hutan kecil beserta katil yang empuk!

beberapa jam kemudian, kami dikejutkan dengan kehadiran aBg aNep! dia datang!! haha atleast bertambahlah orangkan? katanya, masalahnya sudah selesai. baru dia boleh menuju ke PD. terimas aBg aNep. btw, aM lupa bola tampar yang diberi kepada aM!haha sorry guys! ayo, noya sangat!

dengan ketibaan aBg aNep, plan untuk BBQ berjalan semula. Mula semua mencari bahan untuk aktiviti malam nanti. BBQ! yeay!



senarai yang hendak dibeli:
1. ayam + sosej + sotong
2. pengepit + pinggan & cawan kertas + besen
3. perencah BBQ meggi + mayonis + sos

penyediaan dibuat oleh :-
1. aBg aNep
2. aMer
3. MelL

menunggu makan :-
1. aM
2. pet
(hahahah)


-Malam Pertama-


api mula dihidupkan oleh aBg aNep dan MelL. yeay! aM bawa makanan je dan perut kosong.hahaha aktiviti BBQ dimulakan dengan perasmian dilaksanakan oleh tan sri mohd ikram (wekks!) segalanya diuruskan oleh yang pakar, buat mereka yang kurang pakar hanya menantikan makanan yang siap dimasak. hahaha

disediakan aMer + aBg aNep + pet + melL



Salad Buah + sayur (handmade : aBg aNep)

kerjasama aBg aNep + Pet + mell + aMer

Siap Untuk Dimakan oleh aM



-11.00 malam -



setelah perut penuh diisi, badan mula terasa penat dan malas bak ular sawa yang ingin tidur melingkar. aM mencari aktiviti untuk memastikan makanan turun ke perut dengan baik dengan berjalan-jalan sekitar pantai. gosh! aM agak terkejut ada dua pasang kumbang yang sedang melakukan sumbang mahram. haish! nasib baik polis datang, so tak adalah aM bertindak melampaui batas.hahaha (syial je siapa fikir aM nak join sekali dorang!)



Malam itu diisi pula dengan berjalan ke pantai lain, (aM t ak tahu namanya) berjalan-jalan ke arah pantai yang lembut pasirnya. kalau dulu, ibu berpesan "jangan bermain pasir nanti kudis datang membiak di kakimu ikram," pesan ibu! pesan ibu malam itu aM ingkari dengan bermain pasir seperti orang hilang akal sambil memerhati mereka yang sedang memancing ikan dan anak ikan! oh itu, orang lain!

Mereka semua lelaki sejati, cuma beraksi seperti wanita mithali

aM pun nak masuk juga!


masing-masing seperti dilahirkan semula menjadi bayi dan kanak-kanak riang yang tidak cukupkan hiburannya. selepas bermain pasir, mereka menari-nari seperti dirasuk penunggu laut, nyair blorong kidul! dilompat-lompat, dialunkan kaki menguis pasir dengan kaki rasa selesa membuat diri terasa leka. selepas bermain pasir, beralih pula ke tiang-tiang yang masing-masing menguji keseimbangan diri berdiri diatasnya. masing-masing gelak ketawa girang gembira seperti kanak-kanak mendapat mainan baru buatnya.

malam pertama berakhir dengan keseronokan dan kekenyangan yang tidak terhingga. cuba melelapkan mata kerana tidak sabar menunggu hari esok.



NotaKaki://bersambung....



Comments

::: kArL ::: said…
am..u stay apartment mana?
iyllienaz said…
port dickson??best!!!
Adam Arjuna said…
best giloooo trip jejalan..
mohdikram said…
karl : astana @ sunshine "bitch" resort!hahaha

el : best gak el

iyllienaz : xbest sgt, sbbam xske mandi laut

adam : jln2 best, tp tgok tempat gak la

Popular Posts