M.E.L.A.K.A

Minggu lepas, aM ke MELAKA lagi. ah! apa yang menarik kat melaka tu pun aM tak tahu sampai dua tiga kali pergi. tempat yang panas, rasa macam di KL jer pun ada. argh! rindugiler plak aM pada budak-budak kecik tu.

hurm.. sepatutnya aM pergi melaka jumaat petang tu, tapi boss aM tak bagi plak, argh! tension jap! tapi tu takde masalah la bagi aM. so, tukar 'plan' lagi. kebetulan aMer and da geng nak pergi melaka sebab aMar nak cuci rumah dia. aM dah cakap anta dobi jer taknak katenya, nak jimat duit.. duit dobi tu boleh 10 hari makan bagi budak-budak ipta.haish! tapi, nasib baik dia nak tumpangkan.gaga!
aMar mengambil aM tepat pada pukul 8.30 pagi. perjalanan memakan masa 2 jam katanya. tapi, menado mate ni menahan nantOk! haish! takpe la, bukan aM yang drive.wakakaka dalam perjalanan, aM di jamukan dengan popcOrn dari TGV tempat aref kejer semasa cuti sem.. haish! boleh bayangkan, betapa nikmatnya makan popcOrn pada awal pagi tu? status popcOrn tu, diambil okeh, bukan mencuri popcOrn tu k. mungkin, kebetulan aref terbuat lebih ataupun tak ramai yang datang tengok wayUnk hari tu, kot . so, tberlebih-lebihan la popcOrn. lalalala~

sedar tak sedar, aMar dah melencong masuk ke Simpang Ampat! macam tak sedap jer nama tu. kena tol RM13.50 rasanya..haha murahnya, tapi penatnya duduk dalam kereta tu azab la sangat-sangat okeh!dalam perjalanan sempat juga aMar ceritakan serba sedikit mengenai kejadian ngeri yang membabitkan 4 orang pelajar UITM lendu melaka dalam kemalangan yang menyayat hati tao! huhu (lap air mata jap!)

tak lama kemudian, kami sampai di taman rempah! eugh! tempat apakah itu? haha dalam masa sama tempat itu menjadi sebagai jeti bagi "river cruise" mengambil penumpang. rumah sewa aMar di sebelah sungai melaka. Pangsapuri Tun Sri Lanang. sedapkan nama dia, ala-ala zaman kesultanan melayu melaka masih segar disitukan?

aM lepak di rumah kawan aMar, FARA-FARA ( sebut dalam nada manja dan mengada-ngada) rumah pelajar perempuan, santeknyew tak terhingga. tahu la pelajar perempuan punya rumah macam manakan. so, segala barangan luar dalam segar tersidai di ampaian dalam rumah mereka! hahaha.. macam-macam saiz dan warna dapat dilihat.hahaha. korang otak jangan nak menggila!

lepas tu aM dapat panggilan dari abg aNep ajak teman dia jalan-jalan bawa sepupu kecilnya.hahaha papa mithali okeh! (bagi anak-anak gadis diluar sana yang kepingin memilik pacarnya seperti abg aNep, ciri-ciri seorang bapa mithali yang membawa 'anak-anak' nya berjalan-jalan disekitar bandar melaka. yeay! (am termasuk dalam anak-anaknya tak?) huhuh. comelkan panggil abg aNep papa.lalalalalala

pengalaman menaiki "River Cruise" seronok gak! 1st time aM naik bot masa umur 6 tahun kot. itu pun di kampung aM, Perak bersama macik-macik serta arwah opah. seram giler bila bot yang dinaiki itu tingginya separas buku lali. haiyo! very da scary muvie part 3 okeh! berbalik cerita naik bot di melaka tadi, terasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak. yerla kan, sebabnya mereka yang menaiki "cruise" tu rata-rata bekeluarga dan kanak-kanak! sepanjang menaiki bot tu, boleh dilihat, sungai di Melaka itu agak la bersih. dengan bekas polistrin yang terapung-apung di sungai. selain itu, tarikan pelancong di sungai itu, segerombolan biawak-biawak di tepi hutan bakau mini.ha?! ditepi-tepi sungai tesergam indah bangunan-bangunan lama dan yang menarik minat aM, perkampungan melayu lama, nama kampung tu, kampung morten kot kalau tak silap! cool giler rumah-rumah disana okeh!


kemudian, aM naik "Menara Taming Sari" wawa! semua bayaran untuk naik tu, di spedo sepenuhnya oleh abg aNep.ahaks! ( sape suruh ajak? lalala! ) dari ketinggian 80 dari paras laut, ahak! dapat melihat sepenuhnya kawasan di bandar melaka! satu jer tak naik lagi, eye on malaysia di melaka! ahaks sekali lagi! selesai melawat ditempat yang sepatutnya, aM ke Dataran Pahlawan. kebetulan berjumpe dengan member blogger, AIZUL MARCELLO! haha.. tapi tak tegur pun.sebab takut salah orang.ahaks! malam hampir tiba, aM sewa di Hotel yang berdekatan jer.ahaks!

malam itu, semua plan untuk turun di Jonker Street! kewl.. macam petaling street di KL. bezanya mereka ni lebih peramah dari peniaga-peniaga di PS! voley?!hahaha barang dia pun giler murah! nasib baik tak bawa duit banyak, kalau tak dengan peniaga-peniaga tu aM borong abeh.sampai Jonker Street kene tutup!hahaha


pukul 12.00 tengah malam, aM, aMer, Pet, Abg aNep dan kawan Pet lepak minum di gerai yang ada wifi, depan Dataran Pahlawan. bestkan?haha. seronok gila bila semua berkumpul.adoi!
esoknya aM kene pulang sebab isnin keje! argh! tidak! kena lalui hari isnin yang gelap. ahaks!









NotaKaki://next trip to melaka, kena naik eye on malaysia pula!hahahaha...

Comments

Naozu said…
huhu dtg melaka tak bg tau pon... hehehe i stay kat melaka ni.. =) ne way have a nice trip...
Munira Razizul said…
takde gambar ke tansri??
Adam Arjuna said…
hoho...
travel lagi dan lagi...
gila gempaq... best..
jom bila nak ajak aku lak?? :P

Popular Posts