BintangAsliRemaja 2009

KUALA LUMPUR 19 Julai - Lenggok lagu irama Melayu asli berjudul Wak Daeng dan Gambus Ibu dendangan Zaharmirzuan Azlan berjaya menambat hati juri sekali gus mengangkatnya muncul juara Pertandingan Akhir Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009 (BARK 2009) kategori lelaki di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini malam ini.

Peserta berusia 19 tahun berasal dari Kuching, Sarawak itu menggondol hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi yang disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Teruskan membaca di artikel DISINI



Semalam aM menyaksikan sendiri pertandingan ini. haha! seronok tak terhingga, mungkin sebab minat, bagi yang tak tu tah la, aM tak tahu nak cakap apakan?haha

keseluruhan peserta semua memberangsangkan dan muda-muda belaka. layaklah sekiranya mereka ini digelar pengganti mereka yang bakal meninggalkan bidang seni terutamanya dalam irama asli yang perlahan-lahan meninggalkan bidang ini.(bahasa apakah ini?)

Namun, ada seperkara lagi, dimana keasliannya diubah suai. Hello! ini pertandingan bintang lagu-lagu asli.dan seharusnya mengekalkan keaslian dia tanpa mengubah sedikit pun atas alasan pembaharuan, diingatkan pertandingan ini atas nama lagu asli, bukan lagu baru dan gubahan okeh! (take note bagi mereka ini)wah! sound bertepek-tepek tapi sendiri pun tak boleh menyanyikan lagu asli ni.

Perkara yang menarik pada malam itu, mereka yang bertanding perlu mengalunkan lagu-lagu asli yang kurang diperdengarkan pada umum.wah! seronokkan? hahaha





NotaKaki://Jangan biarkan Melayu terus Melayu!




Comments

Popular Posts