perempuan

Haish! penat nak menjawab, ''iKraM, kamu takde makwe lagi ke?" apa yang aM boleh cakap, "takde perempuan berkenan kat saya. tunggulah. kalau ada jodoh, saya ajak la kakak bila saya kahwin nanti." adoi. ikutkan hati nak cakap macam ni, " kakak, saya muda lagi, banyak lagi saya nak fikirkan. bukan senang nak tanggung anak dara orang tao, nak 'beli' anak orang pun sekarang kena ada dalam 40-50 ribu tao" tapi, tu aM cakap dalam hati jer la, kena carot dengan akak-akak tu karang kalau cakap betul-betul. wah! lagi pun mak aM cakap kena berbudi bahasa dengan orang yang lebih tua. wah! budi bahasa budaya kita okeh!
tiada teman wanita, bukan bermaksud aM tak berminat dengan perempuan, (hello! sapa sengih-sengih tu! tao ada yang sengih-sengih kumbink!wek!) sebab bagi aM taraf wanita, sama taraf dengan para ibuan. wah! ayat.. maka, kita sedia maklum bahawa pada ibu-ibu darjatnya aMatlah tinggi tao. jadi, aM akan mencari teman hidup setelah benar-benar sedia untuk menjadi seorang kekanda dan ayahanda buat keluarga tercinta. (aM serius ni! ko Gelak siap!) tapi, semua tu perlukan masa yang panjang untuk 'mengada' semua perkara tu kan? adoi!

Perempuan macam-macam jenis. dan aM tak mahu la meng'kelas'kan perihal dan perwatakan sesetengah wanita okeh. sebab mereka ini golongan yang lemah, katanya nak setanding dengan lelaki, tapi terguris hati mereka sedikit, air mata menjadi senjata. (hati-hati buat kaum adam!) perkara ni pernah terjadi sehingga berlaku pertikaman lidah diantara aM dan beberapa wanita. (wah! 1 lawan 4 orang perempuan okeh!), mungkin mereka beranggapan ikRaM menjatuhkan sesuatu hukum mengenai jenis perempuan mengikut pandangan aM semata-mata. Naa mereka sendiri cakap 'mengikut pandangan aM semata-mata'. seharusnya mereka sedar itu hanya pendapat aM sendiri tao. dan aM layak untuk menyatakannya kerana negara kita demokrasikan? so, aM tak mahu perkara yang sama berulang, biarlah pendapat mengenai perempuan, hanya diketahui oleh aM jer tao. nak tahu gak, anda boleh mengirimkan sebarang emel, faks dan surat di alamat yang tertera nanti.
Ciri-ciri yang diidam-idamkan oleh lelaki sekarang ni berbeza-beza mengikut peredaran masa katanya! ayo! taste pun kena follow the flow juga ke? lantaklah aM malas nak pertikaikan mengenai selera lelaki masa kini, dan dalam entry aM kali ni hanya memaparkan ciri-ciri wanita idaman jer la. wah! pencariannya mungkin 10 tahun akan datang kot. ahaks!


wanita melayu terakhir kot. haa. adakah lagi wanita sedemikian rupa?haha. 24 jam berselendang dan berkebaya sambil mengenakan kain batik setiap detik? haish! mana nak cari perempuan macam tu? senyuman manis dan matanya alis bukan 'dipantis' kalau yang asli dikira sebagai hadiah hari jadi. haha. tinggi rendah itu tiada kisahnya, asalkan tunduk sedikit semasa lalu didepan mereka yang lebih tua menjadikan nama mereka tersenarai dalam catatan aM. berwajah keibuan dan bersifat Siti Zubaidah yang mampu menjaga diri sendiri tika ketiadaan suami. wah! sangat berangan aM ni.Moga mimpi menjadi nyata (wake up! dah pukul berapa ni..!!)


NotaKaki://Target kahwin umur 29-30 tahun. wah! kelas.. harta pun tiada lagi, verangan!



Comments

Ad Rifza said…
Moga dipermudahkan am..Insyallah..
~Rein~ said…
palaweh~ kita sama kes r am..
rein pon xpernh dapt lari dr disogokkn dgn soalan begitu..
dh jwp dgn sejujurnya, kne gelak pulak..
adeh~ssh nk percaya lelaki mcm kita (jambu kononnya) SINGLE!!!
adoiyai~

Popular Posts