k e r a n a m u



aM nak cakapkan mengenai sesuatu yang berunsur patriotisme! hepp!! siapa tu yang menguap? sepak karang! tak pun tembak dengan senapang m16 zaman jepun tahulah. dah! pergi cuci muka sebelum aM mulakan cerita ni.

31 ogos 2009 genap umur Malaysia 52 tahun.wah! suatu usia yang dikira matang dan sudah boleh membuat keputusan untuk dirinya sendiri bagi seorang manusia dewasakan? namun, bak kata orang makin tua makin menjadi-jadi Malaysia ni. gaduh sana, gaduh sini. hello! anda yang mencetuskan perkara tersebut mesti merasa bosan pada "keamanan"?

aM bukan nak sentuh isu-isu sensitif ni, tapi rasa kasihan pada pejuang-pejuang yang berani mati menjejaki dan menghapuskan komunis! hurmm.. kesan mereka yang terpijak periuk api pun masih lagi hidup sampai sekarang.

sebagai seorang warganeraga yang bertanggungjawab, seharusnya kita kasih dan cintakan pada negara kita okeh. 31 ogos nak dekat ni, kebetulan ada pula penyakit yang macam-macam sekarang ni. kalau tak dapat turun ke Dataran Merdeka, atau berbaris disepanjang jalan ke Parlimen pun dah cukup sematkan semangat patriotik dalam diri. tiada sifat untuk menghancurkan negara okeh!

Semalam aM menerima Goodies daripada mana aM kurang pasti. yang pasti, sejumlah peralatan berunsurkan kemerdekaan. haha! pin baju 1 Malaysia, Bendera saiz selimut.hahaha. bendera tangan dua, bendera lekat di kereta aM dapat satu dan pelekat kereta 1 Malaysia! hahah mungkin untuk menerapkan semangat dalam dirikan?

eh! aM kena bertugas pada hari merdeka tao! dan merdeka pada kali ini dibuat di Parlimen, maksudnya orang-orang besaw jew la uols! disebabkan aM perlu bertugas pada hari itu so, tiada cuti la aM merdeka ni. satu perkara yang perlu diambil perhatian, mereka yang ingin turut serta dalam perarakan ni pakai la penutup mulut (mask) untuk keselamatan anda.hahaha betul la. badan sendiri, jagalah sendiri tao. tapi, mereka yang ditimpa musibah sakit tu duduk la dirumah okeh? dalam hal ni, jangan gunakan ungkapan, 'Sharing is Caring'! okeh?



NotaKaki://Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!





Comments

iyllienaz said…
nape xpnh dpt pon goodie bag mcm am dpt tu..ktorg beli sdri bendera..semangat tau..
NUke_Rude said…
pergh. seumur hdup aku ni, tak pnah dapat goodie bag for merdeka lagi. huhuhu.
nway, selamat merdeka! :)

Popular Posts