UjianPunBermula
musim oh musim..
penyakit pun berjangkit..
betul ke mencari mangsa atau mangsa itu cuai sebenarnya?
basuh tangan, tutup mulut.
sampai bila perlu mengelakkan dengan melakukan perkara tersebut?
dengan berbuat demikian, segalanya akan berkakhir?
aM juga mangsanya
dalam kata lain, mereka yang turut diuji
dengan penyakit yang melemahkan segala anggota badan dalam sekelip mata
aM demam pada malam khamis
sehingga mencecah 101 darjah celcius
tubuh bagai dipasak ke bumi
bergerak sedikit, perit terasa
dada sesak nafas
bagai dihempap batu secara perlahan-lahan
turun naik dada
meminta angin udara masuk ke serombong rongga
untuk teruskan hidup
banyak perkara perlu di selesaikan lagi
tiga hari berlalu sudah
badan beransur pulih
pening kepala membawa diri bagai ke awang-awangan
masih melekat sebagai teman setia
batuk mengokok bagai tanda aM masih lagi kurang sihat
memujuk diri agar terus bersabar dan membina keyakinan diri
meniup semangat penyembuh segera kedalam roh sendiri
agar sihat kerna diri masih diperlukan untuk berkhidmat
pada keluarga yang tercinta.
Comments
amin~
hati2, hmpir 5.3juta brisiko dijangkiti.
fuh...merisaukan.harus ada kesedaran sivik ni.
bykkan berdoa k
ni kawan aku belajaq madinah pesan:-
Usman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa dari hamba (Allah) membaca:-
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(bermaksud: Dengan menyebut nama Allah, yang dengan namaNya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui)
sebanyak tiga kali, pada waktu pagi dan petang, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya."
sampai2kan kepada yang lain
:)