"Buatkan Sedikit Kesimpulan?"

Sampai hati buat macam ni...”

itulah bunyi masej yang dihantar sehingga tergerak hati untuk membalas masejnya . aM tak boleh menipu diri aM yang aM tidak rindukan dia. aM masih sayangkan dia.

Sebenarnya aM tak sampai hati untuk membuatnya sebegitu. aM cuba untuk sedaya upaya untuk berkelakuan biasa seperti yang dipinta. aM cuba tahan semahu-mahunya untuk tidak memberi dan membalas masej ucapan seperti pada kebiasaan aM lakukan padanya dahulu.


Sebelum keluar pejabat, seperti biasa ucapan “berhati-hati ketika pulang nanti” aM hantar seperti biasa dan dia membalas untuk mengajak berbuka puasa bersama. Sudah tentu aM gembira untuk keluar dengannya. Namun, aM perlu kawal perasaan untuk tidak memperlihatkan kegembiraan bertemu dengan DIA.

Ya aM berlaku seperti biasa seperti tiada apa yang pernah berlaku antara aM dan DIA. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu, berapa banyak kekuatan yang cuba dikumpul didalam diri ini untuk bertemu dengannya dalam keadaan “biasa”.

Tingkah lakunya pada hari semalam tidak ubah seperti mula-mula aM bertemu dengannya. Sering membuat aM tersenyum sendiri. Kadang-kadang menggeleng kepala.

Hampir 2 jam lebih aM meluangkan masa dengannya. Dalam hati bergelora mencari kepastian yang sebenar, apa yang diinginkan dari aM? Tak apalah. Sebentar lagi aM bertanyakan kepadanya.

Tepat pukul 9.30 malam aM dan DIA beredar pulang. Dalam perjalanan, aM tak lupa mengirim satu masej buatnya lagi, “dah smpai rumah msg tao dan dia membalas, “baik tan sri!” hurmm... ada soalan yang bermain dalam fikiran aM lagi sebenarnya. Mengenai perkara tempoh hari. Tak mengapalah, biar dia sampai dirumah dahulu.

kemana melencongnya?” aM menghantar sekali lagi, aM meminta izin untuk bertanyakan padanya satu perkara, “aM tak tahu apa yang hendak disampaikan DIA pada aM tempoh hari, boleh tak buatkan sedikit kesimpulan?”


DIA membalas;

“rasanya DIA menyukai keadaan seperti ini, tak perlu fikir mengenai couple atau lover”

(saat-saat sebelum ini dia begitu tak selesa ke dengan aM?)


“Buat masa ni DIA tak boleh serius dengan siapa-siapa pun sekarang.”

(sebelum ini banyak masa dimain-mainkan atau aM sedang dipermainkan?)


“masa tak sesuai, banyak yang berlaku.”

(bosan ataupun alasan? jika ada masalah boleh diselesaikan cara elok)


“kalau berkenan pada siapa-siapa, pergi jer la padanya

(melepaskan atau pun membosankan aM ni pada DIA?)



Pesanan dari aM;

Terima kasih atas semua kenangan manis bersama DIA

Halalkan Makan minum aM taO!.”


Terima Kasih juga pada Bonda aM

Sedari kecil aM diajar untuk berdikari,

Belajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai lelaki,

Ketika remaja lain sibuk dengan dunia remajanya,

aM sedang mengerti untuk tabahkan diri,

untuk kebaikan keluarga terutamanya.



Ya tuhan, aM insan yang lemah. Punya hati kecil meminta secalit kebahagian sahaja. Hati aM merintih, menangis sebenarnya. pada siapa aM nak luahkan. aM tidak kuat pada hakikatnya, hanya maruah lelaki yang disandang untuk dapat berdiri teguh untuk menghadap dunia. Kekecewaan kali ini yang maha berat untuk aM harungi. Berikanlah aM sedikit kekuatan agar dapat menghadap DIA lagi demi teman-teman aM yang lain. Jangan disebabkan aM, hubungan teman-teman aM dan DIA menjadi makin jauh. Kasih aM pada DIA tetap akan subur. Kerana memori kasih sayang DIA yang menyuburkannya.



NotaKaki://aM tahu dia tak membaca blog aM lagi, akan aM tunaikan hasratnya untuk berlaku biasa dihadapan teman dan rakan. Terima kasih sekali lagi atas kenangan-kenangan lalu.




Comments

Alahai..
Macam tgh bsedih jer..
Hope u r fine ye buddy..
Maybe dia tidak ditakdirkan utk kamu..
Maybe ada yg lebih baik d depan sana sedang menanti..
Just keep on movin n dun turn back!
OK cheers!
syaf said…
ayooo,....sedih ke.
sabor yer...i know am seorang yg kuat right
Unknown said…
adeh sedeh cukup..
Tunjuk Bintang said…
kadang2 kenangan yang membuat kita xdapat untuk melupakan. kadang2 kenangan juga wat kita akan jadi seorang yang perindu! jika kamu terpaksa pergi, jangan sesekali kamu simpan benci padanya. kamu kena kuat untuk terus berdiri sebagai seorang lelaki hanya kerana maruah dan harga diri... pasti keluarga kamu gembira miliki anak seperti kamu..
mohdikram said…
tunjuk bintang...terimas atas nasihat tu.hampir kepada kejayaan untuk berusaha membiasakan.terimas sekali lagi.
Ibu Ammar said…
be cool..
jgn meletakkan harapan pada manusia...
letakkan harapan hanya pada Maha Pencipta..
cinta yg benar2 ikhlas akan diredhai Allah.. tiap ujian itu hanya akan mendatangi mereka yg layak menempuhnya...

Popular Posts