Buluh Runcing buat Pelajar Malaysia

hari ni 9 September 2009. haha ramai cina kahwin ni. tapi, biarlah. Entry aM pada pagi-pagi buta ni, berkisahkan info dan maklumat buat anda okeh.

seperti biasa aM setiba di pejabat, Isuhangat, Harian Metro, cek blog orang kalau-kalau ada info yang terbaru dapat diupdatekan dalam pale hoteks ni. yang menarik untuk aM kongsi bersama kalian, mengenai isu Malingsia a.k.a Pencuri dalam bahasa Indonesia ni. ada banyak blog warga indonesia, (tak boleh panggil orang indon, mereka marah tao!) berkaitan isu ni, rata-rata meletakan sifat amarah dan bertunjangkan kepada perasaan semata-mata dalam menghamburkan segala caci keji maki mereka pada Malaysia.

aM bukan nak kupas perihal ni sangat, katanya kebudayaan mereka dicuri kita? haha. kata serumpun, diantara Malaysia, Indonesia, Singapura Dan Brunei. semestinya ada sedikit persamaankan? apa la.. Pihak yang membuat kesilapan yakni mereka yang membuat iklan, (bukan kerajaan Malaysia sendiri dok pandai bikin iklan tu tao!) secara tidak sengaja memasukan sekali TARIAN PANDET dalam iklan cuti Malaysia sudah pun meminta maafkan? haish!

sifat mereka yang berlandaskan amarah yang tak tentu hala mengancam pelajar-pelajar kita di Indonesia..haish.. baca artikel yang dipetik daripada Isuhangat Dan Malaysiakini..



Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Sumber: Malaysiakini dan Isuhangat





NotaKaki://apa yang aM boleh cakap, agar kita terus menjadi 1 MALAYSIA.





Comments

avegalion said…
mmg gile tak tentu pasal ler org2 indon nie...yg samapi nak bunuh2 nie apa kejadahnye..

mmg ler aku pun ada question mark (?) jugak bila tgok tarian Pendet dlm iklan m'sia... tapi benda tu dah settle kan... apa lagik yg diaorg nak kecoh2 sgt...

tak faham aku ngan mentality diaorg nie...
MM said…
bodoh! indon bodoh! mereka buat group di facebook yang mengumpolkan warga2 indon yg benci malaysia utk join group tersebut. sekarang lebih kurang 4ribu org menyertai group tersebut!
IMANSHAH said…
My student yang study kat Jakarta cakap kat samna memng menakutkan..dia tak berani keluar dari kampus..Penuntut sana pun (badan besar tapi otak kecik) selalu provok penuntut malaysia
IMANSHAH said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts