Hari Kemenangan Pertama

Selasa, hari ni sudah masuk raya ke 10. hahah aM masih tak update blog. aM sibuk okeh. aM bukan menyibuk, tapi betul-betul aM sibuk dengan segala hal. anak, bini, dan keluarga sebelah aM dan sebelah isteri.wah! (part isteri tu janganlah percaya tao!)

Segala persiapan raya tahun ni aM yang sedang-sedang sahaja kaw. hahah aM baju melayu jalan Tengku Abdul Rahman dan beberapa T-shirt yang bolehla..(dengan nada sengau sikit)
sebab aM kena budget untuk balik Perak juga, haha macam seronok dapat balik kampung tahun ni, mungkin dah berabad lamanya tak bertemu dengan nenda-nenda sekalian yang mungkinnya sedang merindui aM.wah!

tapi, aM balik kampung pagi raya selepas sembahyang raya. katanya bertolak selepas raya, gedebak gedebuk dekat tengahari baru keluar rumah. boley? voley laa..

eh! nak pandu jauh aM kena la cek kereta. tapi, apa aM nak cek? hari tu kakak aM baru lepas servis keretanya dan servis seterusnya pada 6K++ km. haha tapi kereta dia baru 2K+ km jauhnya dia pergi. haha so, jimat sikit ongkosnya untuk servis kereta untuk balik kampung ni.



lagi beberapa jam nak bertolak, aM buka bonet depan dulu, dengan gaya seorang yang arif pada kereta, tapi sebenarnya Non-Adoo! pada mulanya, aM nak cek air kereta. tapi, air dekat mana? puas aM belek-belek dari satu tutup ke satu tutup. yang berlubang mestinya bukan untuk mengisi air.

tetapi aM jumpa lubang bertutup untuk mengisi air filter. hahah agaknya kereta moden sekarang dia sekalikan air filter dan air penyejuk enjin disekalikan dalam satu saluran kot. so, aM tambah air dalam tempat air filter jer.

haha segala barang telah disumbat muat dan ketat kedalam bonet belakang kereta, tak cukup lagi aM letak dalam kereta, tempat kereta penumpang. hahaha ambil kau! dah macam nak pindah ke kampung jer barangnya.

oh ya! yang balik kampung tahun ni pada pagi raya, aM, Bonda yang tercinta dan kekanda Narimah sahaja yang pulang beraya di Bota. ayahanda aM? sudah pulang dahulu ke Batu Gajah.mungkin rindunya yang teramat pada nenda aM rasanya. tapi,raya ke 3 baru aM menyusul ke sana pula.

Mak cik aM turut tumpang aM ke Perak tahun ni, wah! sebab anak dia tak nak pulang bersama. hahah anak muda sekarang, mungkin raya pertama dia nak ke Midvalley atau pun ke Pavillion agaknya menonton wayang filem Jin Notti kot.?hahaha


selesai mengambil makCik aM, perjalanan diteruskan, aM melalui tol subang. haha nasib tak ramai orang. menempuh dari satu kawasan ke satu kawasan. haha dari Sungai Buloh ke Tanjung Malim dan terus ke Tapah, sebelum tu lepak makan di RnR Tapah. haha ramai gila orang balik kampung pagi raya.haha!

Setelah memasuki tol Tapah, aM cari papan tanda ke Kampung Gajah! tidaklah jauh kedalam.hahaha Kampung aM sebelah Kampung Gajah. tapi, yang sedihnya tiada petanda menunjukkan arah Bota ke Lambor Kanan ke. semuanya Kampung Gajah.adoi!

boleh aM terlajak sampai ke Bagan Datoh? sebab mak dan MakCik am dok pum pam pum pam kat belakang cerita segala sampai aM terlepas satu lorong nak ke kampung gajah.haish! patah balik, patah hati, patah.patah.patah kaw!


yeah! aM dah sampai Kampung Masjid Lubuk Emas kata mak aM, tapi dekat ni dia tulis kampung Lambor Kanan, yang mana satu aM nak aM nak ikut ni.hahaha tak kisah la yang penting dah sampaikan?

Sebabkan rumah nenek aM berkunci, (sebab nenek aM dah berpindah ke rumah yang lagi selesa dan abadi disana, jadi rumah lama dia tinggalkan untuk anak-anak dia jer la.) aM dan lain-lain terpaksa beraya ke rumah sedara-mara yang terdekat.hahah.


Orang yang memegang kunci tu tak muncul-muncul lagi yakni pakCik aM yang paling tua tak sampai perak lagi, dengan relapaksa aM pun ke darat.hahaha yeah! meraya ke rumah makCik aM satu atuk lain nenek. boleh? erti kata lain, atuk aM kahwin dua. ahaha Gagah tao atuk aM.hahaha

Ini Kekanda Narimah. kakak nombor dua. dia minta aM tangkap gambar untuk dia. katanya nak masukkan dalam blog.haha kemain budak-budak sekarang berblog-blog segala.


Bonda tercinta.

haha. pergi dan balik aM dari darat, rumah Kekanda bonda aM, (kalian fahami sendirilah tao!) sempat juga aM lalu, sekali lagi aM ulang, aM lalu SAHAJA rumah baru nenda aM tu. "raya ke dua nanti baru aM lawat opah yew.."

dan gambar rumah diatas tu merupakan rumah pusaka peninggalan almarhum nenda aM yang tercinta dan kuncinya pada pakCik aM yang lambat balik ke kampung sampai aM dan keluarga terpaksa berjalan-jalan dahulu disekitar kampung. penat tao!

Bersambung....







NotaKaki : pengalaman pertama memandu kereta sejauh ni. sebelum ni Melaka paling jauh, kali ni Perak pula. yeah!!

Comments

Unknown said…
syok nyer rayerrr
singgah ler ke blog
avegalion said…
laaa... org peyrock jugak ker???
sekapal ler kitee ekk.. hehehe
mohdikram said…
tengku..okeh2 jap g am lawat.

avegalion..yew yop.kemey org peyrock.

Popular Posts