paw.ta.meng.paw

paw tidak sama dengan kuih pau ataupun cuba untuk mengepaw bukan seperti yang dilakukan oleh mak cik-mak cik yang sedang membuat kuih pau, sedang elok mereka sedang tapawkan kuih pau yang tak jadi untuk dibawa pulang kerumah. bukan juga bersekongkol dengan kongsi gelap untuk mengepaw orang dan menakut-nakutkan dengan tatu yang dilekatkan kebadan dengan menggunakan air sebagai mediumnya. tetapi, inilah kisahnya..



11.30 malam
tarikh 16/11/2009

"hello! aM, nak minta tolong boleh?" kak pah masej.
aM membalas, "ya!dari pukul 9.00 malam tadi aM sudah buka kaunter ni."

"akak esok nak ajak aM pergi bank. boleh?"masej dari kak pah
"aM memang cadang nak bawa kereta esok."aM membalas.

"okeh!tapi, nak bawa kroni akak semua.boleh?"
"kereta saya nak bawa tu bukan fairlady la. boleh naik semua budak office."lalalalala

17/11/2009 (rabu)

aM memandu ke Bangsar. bersama kak Pah. kak huesna dan kak ida? mereka ke wisma radio atas urusan wanita. (Puspanita menjual barangan. jadi wanitanya? lalalala)

jam! itulah bangsar. tapi, rempuh juga. (gigih juga ni) mencari parking. yeah! jumpa.!! kak pah nak ke Bank Rakyat kemudian ke Maybank.

gilalah wanita ni, dah macam wanita bekerjaya yang banyak urusannya.Cis!

sambil memegang sampul putih bank rakyat dengan isinya sebanyak RM15,000.00!! (buat muka kekwat dan berkeyakinan tinggi)



setelah semuanya selesai, aM menghidupkan enjin kereta. dan mengarahkan keras (dengan lemah lembut sebetulnya) kak pah agar menghubungi kak ida dan kak huesna yang sibuk dengan urusan wanitanya untuk bersedia, kerana aM akan mengambil mereka!

CIS! mereka lambat! ni la janji melayu.

eh! kak farhana sibuk, peruntukan baru masuk. uruskan pembayarannya terlebih dahulu. dipesannya makanan segera McD sahaja sehingga kami berempat yang pergi.


dalam kereta, wanita-wanita itu sibuk memberitahu barangan apa yang di beli, walaupun wang lupa hendak di bawa, pinjam orang pun boleh.(hahaha)


"nak makan dimana?" aM mencelah dibalik cerita para wanita itu.

"McD? old town?"kak pah mencadangkan.

aM acuh tak acuh. (kak pah! kita baru lepas pergi bangsar yang payah nak dapat parking!)
"old town Kerinchi!! sana banyak parking disediakan untuk kakak-kakak chantek sekalian"



Sampai di Old Town,
aM memesan Nasi Hainan Chicken Chop + white Coffee Cold + extra sambal nasi lemak! (kak pah belanja. disinilah ayat pow patut diletakkan.)

kenyang dengan makanan dan asap rokok yang dihisap syahdu, sesi mengambil gambar. (biasalah, kak pah baru dapat telefon baru. lelaki yang dikatanya sangatlah komitmen dalam perhubungan memberinya) jadi gambar-gambar itu telah di tapaw untuk menjadi kenangan-kenangan yang diabadikan dalam mukabuku. (hello! ini bukan pertama kali jejak di kedai makan yang dahulunya pernah menjual bakotey okeh!)

jam menunjukkan pukul 3.00 petang. McD yang dipesan kak farhana, tidak dapat dibekalkan ke pejabat(maaf!) aM dan segerombolan wanita pulang ke pejabat dengan masing-masing seperti tedampar kekenyangan.


eh! bos halfday? kenapa tiada orang bagi tahu? boleh lepak lama.haiii....



NotaKaki:sedap makanan tu sebab ada orang bebesar hati belanja aM. kedua, tidak manis masuk lewat kepejabat walaupun cuba untuk senyum semanis kerang.

Comments

KiFli MaLLy said…
wahhhh kelas ko ikram...makin berjaya skang ni...jadi business woman katanyer....
lone ranger said…
hahaha. seronok ke meng.paw. kak pah. hehehe.
nanti aku nak paw ko la plak.
purple shop said…
menarik cerita ni ...pandai wat ayat ..
ariel shah said…
makanan yang di-paw mmg sedap..

Popular Posts