wa caya sama lu!

“Manusia dan masalah itu sahabat,

Manusia dan manusia yang punya jalinan baik itu kawan,

Mereka yang saling berkongsi suka duka itu teman!”


Entry pertama aM bagi tahun 2010.

Kepercayaan itu sesuatu yang bernilai


Pada kebiasaannya orang menilai kepercayaan, berlandaskan pada kejujuran.


Aduh! Penat gila bermadah pujangga.


Apa yang aM nak kongsi mungkin dah jadi isu biasa pada kebanyakkan pembaca. Ada yang baca dua tiga baris, dia akan beralih (perkataan ni membuat aM keliru, alih atau aleh) kepada benda lain. (kembali melihat inbox mukabuku).


Tapi, inilah yang membuatkan aM kerugian di dunia. Berharap tidak diakhirat nanti.

Dalam dunia kita sering diberi dua pilihan. Tak putih, hitam. Tak atas, mesti bawah. Kalau kiri, mesti bukan kanan. Inilah yang kadang kala membuat orang terjun bangunan dari tingkat 21, minum racun serangga atau mendaftar dirumah bahagia.


Bukan mudah untuk seseorang itu membuat pilihan. itu yang menjadikan seseorang itu kadang-kala berubah sikap, ataupun bersikap bersahaja agar Nampak lebih macho dan semuanya under control. Tapi, jika disimpan lama. Tak banyak pun mesti sikit orang akan mengetahui masalah kita. Itu yang dikata sahabat sebenar manusia itu ialah masalah.


Setiap orang mesti ada masalah, melainkan mereka yang tidak ada masalah mesti bukan dalam kategori manusia. aM pun ada juga masalah. (terbukti aM manusia. Yes!!) masalah yang sedikit sebanyak mengubah diri serta pemikiran aM. Jika dulu lebih suka berjimba, suka-suki dan kemain segala. Tapi, masalah ini membawa aM lebih dekat padaNya. Lebih menghargai perhubungan sama ada dengan rakan ataupun taulan.


Masalah itu tak perlulah aM ceritakan kerana lebih bersifat sangat peribadi dan tidak enak dikongsi bersama. Haha (ini cara aM, pandai buat pandailah tanggung!)


Namun, keputusan yang aM lakukan membuatkan aM lebih tenang dan selesa. Ya! aM tahu, masa mendatang aM perlu kerja lebih keras untuk membetulkan keadaan aM semula. aM sudah pun merasai kecelaruan hati, (bukan kecelaruan identiti) ketenangan hilang, bagai nak gila memikirkan pilihan yang aM rasa bijak untuk diri serta masa hadapan aM. Keputusan sudah dibuat. aM perlu Teruskan!



aM tertarik pada jawapan teman aM,



aM bertanya,

“Berjaya bagi kau membawa maksud yang bagaimana?, punya segala itu boleh dianggap Berjaya?”



Teman aM menjawab,

“bagi aku, Berjaya tak semestinya punya harta benda semua tu. Cukup sekadar kau membuat sehabis baik dalam sesuatu perkara, itulah kejayaan yang kau peroleh!” (tokok tambah penyedap cerita, namun isinya tetap sama)





NotaKaki : orang berilmu belum tentu cukup akalnya. Orang berakal kadang-kala bukan dari golongan orang berilmu. Renung-renungkan dan selamat beramal.





Comments

Anonymous said…
Dibangkang..hahahaha

berjaya itu bile kau perolehi semuanya

anything that you want ..apa sahaja be it untuk dunia atau akhirat


dari
Salam...
Dah lama dah Arm tak update blog. Makan bulan jugak rasanya. Hurm, selamat kembali. Hai, dia yang menjebakkan kita ke dunia blog, dia pulak yang tak update blog.
=)

Ok. Back to our business. First, Mie tahu Mie tak ada buat silap dekat Arm, tapi Mie yang Arm anggap sebagai KAWAN ni, nak mintak maaf sebab tak dapat nak membantu Arm sangat terutamanya masa-masa Arm dalam keserabutan. Maybe Im not good enuf to be ur fwen kot. Motif emo tetibe. Huhuhuhuhuhu.

Second, berkenaan entri Arm kali ni. Baguslah kalau Arm dah sedar atas semua kesilapan Arm dan cuba nak memperbetulkan keadaan Arm sendiri. Macam yang Arm cakap, kita manusia, tak boleh lari dari masalah. Sama jugak kita manusia tak boleh nak lari dari kesilapan. Tak pernah ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Nabi kita sendiri menangis sebab Baginda kata Baginda ada melakukan dosa. Wallahua alam. Tu Kekasih Allah Arm, lagilah kita yang kerdil ni... Kerdil? Pandang Arm lama...

Eh, sambung balik dengan muka tak bersalah. Apa yang berlaku dalam hidup kita sama ada masa yang lampau, hari ini, waimah masa akan datang tu semua dah tertulis di Loh Mahfuz. Sebelum kita lahir, di Loh Mahfuz Allah bertanya pada kita, setuju atau tak kalau kita lahir ke dunia dengan keadaan sekian sekian sekian. Kita bersetuju dan kita lahir ke dunia dengan keadaan yang kita dah persetujui. Jadi jangan pernah menyesl atau mengeluh dengan apa yang dah berlaku dalam hidup kita pada masa lampau sebab segalanya tu memang dah tersurat untuk kita jalani. Yakin dan percayalah setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Kita renung balik dan kaji semula kesilapan kita agar kita tak ulanginya lagi lain-lain kali.

Arm patut bersyukur di beri kesedaran seawal usia 22 tahun. Orang lain? Tu tandanya Tuhan tu memang sayangkan Arm. Diberikan hidayah pada Arm seawal ini agar Arm berpeluang untuk betulkan keadaan dan diri Arm. Macam mana orang yang tak di beri peluang dan mati tiba-tiba? Macam yang Arm cakap. Manusia sentiasa di beri pilihan. Tak hitam putih, tak kiri kana, tak depan belakang, tak atas bawah. Tapi pilihan tu kita sendiri yang tentukan. Sama ada nak jadi baikkah, burukkah, di tangan kita sendiri. Pilihan tu bukan kita seorang yang buat. Pilihan tu juga dah ditentukan Allah cuma kita manusia diberi akal supaya berfikir sebelum bertindak. Adakah pilihan kita sentiasa tepat? Terkadang kita berjalan elok pun tersungkur dan jatuh. Tapi kita bangkit untuk terus berjalan. Macam tu jugak dengan kehidupan. Hidup perlu diteruskan TAPI bukan dengan penyesalan. Hidup perlu diteruskan dengan rasa kesyukuran. Fikirkan sendiri maksud ayat Mie tu.

Lagi satu, Mie nak tegur Arm. Maaflah kalau terasa. Tapi Mie tak berapa nak berkenan dengan perangai Arm yang satu tu, memendam rasa. Masalah tu kita yang cari, dan kita yang tanggung. Tapi tak bermakna tak boleh dikongsi dengan orang-orang yang sudi. Masalah ni ibarat gunung berapi. Cuba tengok gunung berapi. Dok pendam-pendam, bila meletup, gunung aje ke kena laharnya. Semua tempat terkena tempias. Salah ke tak salah ke, tetap kene tempias gunung berapi tu. Fahamkan sendiri.

Akhir kalam, Mie mintak ampun mintak maaf kalau ayat Mie mengguris hati. Tapi Mie tak mahu tengok SAHABAT Mie yang seorang ni asyik bermuram durja. Teringin nak lihat Arm yang Mie kenal 2 tahun lalu. Penuh dengan gelak tawa, positif, happy aje. Mie doakan apa yang Arm nak buat lepas ni tercapai. Sekali lagi Mie mintak maaf...

Peace No War...
Ukhwah Fillah
Lillahi Ta'ala
=)
Gazy said…
Iya, biar btol. Org yg berilmu tak semestinya berjaya dan org yg berjaya haruslah mempunyai akal .... Kerjaan itu mengandungi byk perisa dalam nya, bukan sahaja berilmu...
pergh...Fauzzan Helmy Anuar ni comment kew ceramah [hehe jgn amik ati yek]

eyt am..
org berakal org yg menggunakan akal...
org yg berilmu adalah org yg memanfaatkan ilmu..[make sure ilmu yg baek la]

tp..
org bijaksana...
merupakan org yg berjaya!
equation 4 2day
akal+ilmu=bijaksana

^_^"
L.N
atbk said…
sabar!

dan bersolat/berdoa!

:)
LaDies 09 said…
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya....sabar bebanyak...hee

Popular Posts