Ceriterawarna (ceriperam 8)


"tara tera berdansa
mengatur
langkah
membelit kaki
tangan dipusing disemua arah
dihayun, dilipat
moga cantik dan seiring
kesopanan dan keayuan dijaga tanpa lupa
penonton ghalit
dibuai alunan pemuzik!"


aM nak ceritakan mengenai majlis yang diadakan secara besar-besaran. yeah! sangat besar sehingga disiarkan secara langsung dibeberapa buah negara okeh. (hebatkan majlis ni?) majlis yang memperlihatkan ciri-ciri dan tarikan yang ada pada Malaysia hanya dalam satu malam. (persiapannya? bermalam-malam okeh!)

citrawarna Malaysia! yeah! siapa yang tak tahu mengenai acara ini? (mereka yang tidak menonton TV Kerajaan ler!) tahun ni agak kurang meriah. oh! saya tak berani memberi sebarang ulasan secara terperinci! kerana yang menontonnya akan rasa seperti apa yang saya luahkan sebentar lagi.

pada mulannya memang agak menarik. namun, dipertengahan persembahan menghambarkan. bila tiba penghujung , semangat menonton naik balik. (yeah! bukan sebab nak habis okeh!) namun, klimaks persembahan yang memberangsangkan! (bukan memberangsangkan lain la..!)
aM letak titik disini untuk ulasan hari persembahan.ahaks!

aM cuma menghadirkan diri pada hari raptai penuh pada hari jumaat itu sahaja. yeah! habis waktu kerja, jalan sikit sudah naik atas pentas utama VVIP. (tak kekwat sangatkan?) haha. bersama aMer, Mel, ATBK dan beberapa lagi rakan seperjuangan. ahaks!

kami gigih memerhatikan ramai adik-adik sedang berlari-lari dan berkejaran (motif utama tidak diketahui) yeah! tahun ni ramai adik-adik kerana kebanyakan wakil disertai oleh pelajar-pelajar sekolah. ya! budak-budak sekolah lagi telah diterapkan aktiviti yang berfaedah. tapi, bagi mereka yang tidak menyertai pada tahun ini mungkin kerana faktor usia dan ketidakLARATan mereka untuk beronggeng. (serius aM tak tujukan pada aMer, ATBK, Mel dan rakan-rakan yang tak sertai pada tahun ini ya!)

persembahan yang menghiburkan hanyalah dari kumpulan India, (dari tahun-tahun lepas, persembahan komuniti India memang tidak menghampakan! syabbas batte!) dan seterusnya, mestilah dari zon tengah! Koreografi oleh MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) di bantu oleh penari-penari MBPJ. haha (aM pernah berguru dengan 3 orang penari MBPJ. teramat seronok okeh!)

Zon Tengah menggambarkan suasana remaja yang sedang rancak membangun seiring dengan perkembangan masa kini.(cewah!) jadi, banyaklah pengaruh-pengaruh dari barat dalam persembahan mereka. ops! sangat 1Malaysia.


persembahan lain? (aM hanya mampu tersenyum senget)

Latar belakang pentas belum di pasang lagi. cantik juga BSAS!

terimas aMer.
tapi macam tak jadi gambar ni.
ahaks!




NotaKaki : walaupun Citrawarna projek Kementerian Pelancongan, mohon agar ciri-ciri Malaysia itu tidak dihilangkan. biarlah benda yang sama, pergerakan tidak berubah. namun, itulah identiti Malaysia tanpa ada rasa budaya luar meresap ke kita walaupun hakikatnya ia sedang merebak! wasalam.



Comments

Qarl said…
am,

muka ketat

apsal? haha
dr.anonymous said…
"mohon agar ciri-ciri Malaysia itu tidak dihilangkan. biarlah benda yang sama, pergerakan tidak berubah. namun, itulah identiti Malaysia tanpa ada rasa budaya luar meresap ke kita walaupun hakikatnya ia sedang merebak!"

absolutely true! jumpa jugak orang yang sama fahaman.. waka waka eh eh
Cap Api said…
awat buat muka lagu tu?? hehhe..
mohdikram said…
qarl...sbb xpuas hati show tahun ni. tetibe*

dr.anonymous..cool.byk perkara sering dilupa.adoi


cap api...hahahaha..mereka buat persembahan yang tidak memberangsangkan

Popular Posts