Laman Sesawang



Assalamualikum.
salam sejahtera.
salam perpaduan.
salam 1Malaysia!






coretan pertama, (mungkin?) selepas merantau ditempat yang tiada talian dan perhubungan dengan orang luar. (propa sangat!) tapi, yang pasti keterbatasan waktu mampu menghentikan seketika jari-jemari aM yang sentiasa disapu losyen Safi Balqis untuk menari bergelek-gelek diatas papan kekunci. (utuh betul kemelayuan aM ni)

mungkin kalian tahu apa itu 'websites' tapi tak tahu apa itu 'laman sesawang' ayo! sama je kot! tapi, itulah bila bahasa asing diterap, dimampat, ditekan-tekan dalam kehidupan seharian, yang sakit pun menjadi sedap. (ahaks!)

tapi, pernah atau tidak kita berfikir maksud yang dinyatakan dalam perkataan Laman Sesawang tu? apa kaitan sawang dengan sesebuah laman?

Laman, bila kita bayangkan mesti sebuah kawasan lapang depan rumah yang cantik dan penuh dengan pokok bunga yang kalian tanam dengan tanam sendiri.

sawang pula sering di gambarkan sebagai hasil dari labah-labah (kot!) akibat tiada jagaan dan ditinggalkan lama.

bahagian 'Laman Sesawang' kaitan dengan blog MohdiKram boleh dikatakan saling berkaitan. kerana apa? ya! kerana jarang sekali dikemaskinikan dan diberi perhatian dan jagaan khursus oleh tuan rumahnya! hahaha..

setelah bermulanya, 'post' ini. dengan lafaz bismillah saya, Mohdikram akan merasmikan pelancaran vacum (tenaga dan semangat baru) terbaru untuk sentiasa menjaga dan mengemaskinikan blog mohdikramal!! (macam ucapan Agong merasmikan Citrawarna pula!)




Sekiyan~

notaKaki : Banyak perkara yang ingin dicerita. bagai dari utara ke selatan, tiap perhentian punya drama dan cerekarama. teringin untuk dikongsi bersama. buat semua! sabar taO!~


Comments

El-Zaffril said…
Salam Am.. memang dah lama bersawang dah kan... hehehehehe ape lagi... selalu la update

Am... comment set ke popup window... senang sikit
Unknown said…
am.. dh lama nyepi ek.. hehe
kini muncul kembali ;)
mohdikram said…
el....macam mane tu?ajar la el yg comel lagi baek ati..


zaza...terimas..buat party jom. welcome back party.jajaja

senandung...tq.tq.tq.tq.

Popular Posts