Rahsia (ceriperam 5)

Pernah tak terbaca (kenapa perlu TER?) pelik jap.

pernah tak anda membaca buku diatas?
dari segi kulit bukunya nampak menarikkan? grafik dan material buku ni juga agak menawan hati siapa yang melihat.
bagaimana dengan isi kandungnya?

cerita ini bermula,
bila aM dan IndraGunawan lepak bersama di starbuck Midvalley (indra belanja sempena hari jadi aM) ahaks! hanya untuk bertukar pandangan (katanya!) berkenaan dengan segala hal. yeah! serius! kami bertukar pendapat berkenaan sesuatu isu.! yeah! kadang-kala terselit juga cerita yang merepek-repek dan jelingan mata kesana dan kesini merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh manusia.

namun, inDra membuka satu cerita berkenaan buku Rahsia ini.haaha namannya, "The Secret". segala cara untuk meng-positif-kan diri diajar didalam ini beserta contoh-contoh yang pernah dilakukan oleh orang-orang yang membaca buku 'The Secret" ini.

kesimpulan yang aM boleh buat, buku ini banyak mengajar kita untuk berfikir secara positif dan yakin pada sesuatu perkara. ini juga seperti buku-buku motivasi lain yang aM pernah baca seperti buku kisah hidup Lim Goh Tong, buku Berani Gagal. dan beberapa buku lagi yang aM kurang ingat.

kesimpulannya, bukan bermaksud menyuruh taksub dengan sesuatu perkara pun apa. cuma salah satu cara untuk memberi pengajaran bagi kita selaku manusia untuk mengetahui dan meneruskan cara-cara untuk terus hidup tanpa berputus asa. (paham tak apa yang aM nak sampaikan ni?)






NotaKaki : kita diberikan akal dan nafsu. timbangkanlah sendiri dengan menggunakan kedua-duanya serta memikirkan baik buruk sesuatu perkara agar jawapan yang diperolehi memuaskan kedua-dua belah pihak diantara akal dan nafsu.

Comments

Unknown said…
selalu tengok buku tu kat kedai buku... yaa betul, kulit dia menarik... tapi x penah pulak fikir nak beli..haha
mohdikram said…
yup!agak popular la juga benda ni.
salah satu buku motivasi gak utk kamo kalo perlukannya.hehehe
Indra said…
ohh..
buku haku jadi bahan blog... bagos~ bagos~

da abes baca ke?
heheheheh.. =P

i ada DVD. mau?
El-Zaffril said…
Tak pernah baca lagi...
Anna Fauzi said…
my sis suka baca buku ni. siap ade cd lagi, dia duk dengar dalam kereta. since dia bace buku tu, dia selalu suruh kami adek-adek ni fikir positive. once kite fikir negative dia marah.. (terkedu kejab). but buku tu bagus,.

Popular Posts