Selepas Jumaat

Kisah bermula apabila perut rasa laparkan roti john.
( sambil memainkan kesan bunyi dari filem-filem seram.. jeng!jeng! )

oh! balik dari Masjid negara aM cuba untuk mengingat kembali kawasan yang ada menjual benda yang mengenyangkan itu, oh! di Pasar Seni! tapi, kak Pah ada memberitahu harganya mahal berbanding biasa. hurmm.. (sambil membelek-belek isi dompet)

sambil kaki melangkah ke Pasar Seni, aM mendongak ke langit, melihat awan sudah bertukar rupa. entah mengapa tiba-tiba membuat mata merasa sayu (nak tidur la, nyaman dan gelap kot!)

sampai di Pasar Seni, tempat pertama yang dituju mestilah mesin ATM. ajaib bukan, masukkan kad. terus mesin keluarkan duit! kagum sekejap!

duit di dompet sudah berkepok, kaki pun gatal singgah di kedai cincin! yeah! cincin lama aM diambil oleh seorang gadis atas alasan sebagai hadiah daripada aM untuk dia! (aM tak bagi pun, sebab aM sayang cincin tu!) nah! itulah alasan kukuh kenapa aM nak beli cincin baru.ahaks!



Cincin baru aM!

cincin tiga serangkai dan cincin baru aM!


cincin aM sudah siap diukir nama, "Ikram" benci gila, bila dulu dia boleh ukir nama penuh aM dengan harga RM10.00 tapi, kali ni dia cakap 6 huruf sahaja! uncle ni tak baik taw!

aM keluar dengan membebel mengenai pak cik tu tak nak buat nama penuh aM! terus aM membebel di gerai Burger, di Annexe apa entah! memesan, roti john satu!

tak lama kemudian, hujan dengan bangganya turun tanpa segan. lebatnya hujan, bagai rasa nak runtuh awan tu. terus aM melihat jam, mengingat kembali waktu habis rehat aM! 5 minit lagi nak masuk, argh!

aM menyampaikan kepada abang burger, yang aM akan kembali ke gerainya dalam masa 10 minit lagi. yeah! masuk ke Pasar Seni balik mencari payung! (tidaklah melampau sangat bukan jika menggunakan payung balik ke pejabat!) serius hujan masa tu tidak ada tanda-tanda nak berhenti okeh!

habis satu Pasar Seni aM cari, tapi tak jumpa! pusing kali kedua di kawasan orang menjual cenderamata. jumpa! tertarik dengan payung warnah hijau. "dik, murah je RM15.00! belilah' bila aM membuka, argh! kenapa bila aM membuka, teserlah ciri-ciri kewanitaan!? "mak cik, payung yang lebih kelakian ada?" terus mak cik tu beri payung gambar tengkorak!


aM bayar RM15.00 dan terus laju melangkah ke kedai burger tadi! "sudah siap bang?" aM bertanya. "sudah siap dik!" tangan aM hulur untuk mengambil roti john, sekali lagi aM terkejut! "mak ai! aM ingatkan kecil! besarnya. ni nak suruh satu kampung makan ke bang?" (gambar lupa nak aMbil sebab masih terkejut dari saiz yang diharapkan)



sampai dipejabat dengan baju basah sikit-sikit, bersama payung ala-ala tahan tak tahan dengan tiupan angin bagai, akhirnya sampai juga aM dipejabat. sekali lagi aM terkejut menerima satu lagi hadiah! omg! (sambil menutup mulut dan memandang ke kanan dan ke kiri!) aM dapat kek! haha idaman hati kalbu betul. siapa pengirimnya boleh baca seperti di dalam nota diatas kek itu.






NotaKaki : dalam 1 hari , eh! tak sampai satu hari. hampir menerima 4 barang baru! 1 pengalaman dan 1 keriangan bermain hujan!

Comments

Anonymous said…
siapakah gadis yg rembat cincin Am tu??? hehehe...

dpt kek yer... happy belated birthday jagk... ;)
a z z a said…
waaah~...syok abis..^^
Amir Rayyan said…
hanya ada satu cincin....:)
mr.syazwan said…
nah mik cicin wa ingat nnt pulang balik..

;p
Wah seh !! ok laa tuu ..hihi .. :)

Popular Posts