Sindo (ceriperam 6)


mak Yong!


bukan cerita mak cik yang sulung aM nak cakap, tapi salah satu teater paling klasik masih tetap di perjuangkan. yeah! betul ini salah satu teater yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang.

haha. sejarah mengenai mak yong, kalian boleh google sendiri ya. aM malas nak panjang lebarkan dalam entry kali ini.


sebenarnya, ini merupakan kali kedua aM menonton teater mak yong. yeah, sebelum ini aM memang kurang gemari teater mak yong kecuali ritual pembukaan panggung mereka yang membuatkan aM tertarik. haha agak spiritual. namun, jika dihayati dengan alunan muzik dan nyanyi oleh mereka dalam loghat Kelantan yang dialukan oleh mereka sangat mendayu-dayu boleh membuat sesetengah orang dibuai ke awangan selama 10 minit. (serius okeh! sebab buka panggung pun dalam 10 minit)


Ayu selaku pak saudara kepada Sindo

Teman aM di aSwara, Ayu. mengajak aM untuk menonton teater yang dilakonkan olehnya . (sebenarnya, ia sebahagian dari peperiksaan pelajar-pelajar aSwara) oh ya! teman aM, el-zaFFril juga turut bersama menonton teater ini. haha pada mulanya dia agak kurang berminat. setelah lama menonton, dia yang gelak paling kuat.hahaha

Sinopsis cerita ini lebih kurang seperti cerita Cinderella (orang lebih mengenali cerita luar dari cerita sendirikan? pengaruh apa ya?) berkenaan kisah seorang gadis yatim piatu yang dibela oleh ibu saudaranya atau ibu tirinya. eh! aM pun lupa. (yang penting, aM suka babak terakhir ibu dia seperti PEREMPUAN MEROYAN ya!)

segala penderitaan dan arahan diterima dengan terbuka oleh Sindo (Cinderella) ini tadi. sehinggalah dihalau keluar oleh ibu tirinya tadi kerana tidak dapat memenuhi permintaan ibunya membeli barang diseluruh kompleks membeli belah hanya dengan seriyal itu tadi.

sindo membawa diri menuju kemana angin bertiup, disitulah sindo bergerak.sehingga bertemu dengan seorang putera raja semasa Putera tersebut membuat keramaian untuk mencari calon isterinya.


"Mako ambo, sindo antaro sorey membawa diri tampo haluey!"
(dialog permulaan sindo masuk panggung)


namun, setelah sindo berkahwin dengan Putera Raja, Sindo tidak melupakan ibu tiri itu tadi. nah! diberi tuba, dibalas susu! ini yang dilakukan oleh Sindo itu sendiri. akhirnya ibu tiri dibawa masuk ke istana. hidup aman dan damai mereka.

(lepas ini, bolehlah ceritakan pada anak-anak anda dengan menukarkan cerita Cinderella kepada cerita Sindo kan?) semangat 1Malaysia.

salah satu babak dalam 'Sindo'

Terima kasih pada eL-Zaffril untuk gambar ini!




NotaKaki : teater kali ini amat mudah difahami apabila loghat Kelantannya tidak terlalu pekat sehingga ada ada perkataan loghat minangkabau terkeluar. macam mana tu?hahah.

Comments

Qarl said…
bgus3x

Qarl pun if ade kesempatan akan g gak tgk2 teater ni.. tp slalunya sgt2 depends pada actor & actressnye.. if teater tempatan, if ade zahiril adzim ke ziana zain ke (ade ke?) bru la nk g..

if teater omputih, mmg akan g je..

i tak look down pd teater or bangsawan local tp since i kan bakal cikgu BI so kene lebihkan yg ade kaitan la

AM, hv a gud day. my 1st time bc your blog. ur write-up ade style..

nk g try la mkan kat rest.arab tu!!

chill yo!
Edy Ramanov said…
salam am. thx sebab dtg tgk show makyong sindo hari tuh kt aswara. edy yg jaga FOH time korg dtg hari tuh. huhu. el zaffril yg perasaan edy. apa pun tgk2 lah blog edy kalau nak tgk show lagi kt aswara ok
Unknown said…
oi. ko tgok yg hari sabtu eh? aku tgok hr jumaat. hehe. BEST!!
El-Zaffril said…
Kenapa tak tepek gambar am yang el curi curi amek tu... smart gile ok

Popular Posts