sumber inspirasi (ceriperam 9)

Manusia diberi banyak keistimewaan yang pelik-pelik. namun, sering dianggap sebagai perkara yang biasa dan terlalu biasa sampai ada yang tidak menyukainya. sifat yang ada padanya, perasaan di alami tiap hari, emosi yang dihadapi sering kali disalah ertikan kegunaannya.

andai rasa meroyan jalan terbaik, teruskan. andai rasa terjun bangunan 41 tingkat dengan menggalas payung terjun memuaskan hati, tolong jangan berhenti. lepaskan semua perkara itu agar perasaan puas itu rasa telah dilepaskan sehabis-habisnya. (cara ini tidak baik, kerana berlandaskan nafsu.ahaks!)

cara terbaik? minta pendapat seseorang , atau dua orang. mungkin juga lebih agar dapat menjadi satu musyawarah bagi mendapat satu keputusan secara muafakat! yeah! jadikan seseorang yang menjadi sumber inspirasi ataupun orang yang boleh dipercayai itu, tempat untuk meluahkan segalanya. (yang pelik, bila bersenang-lenang, orang yang menjadi inspirasi ni kurang diluangkan masa bersama. sedih!)


-tamat kata-kata aluan-





Setiap orang pasti ada sumber inspirasi dan pembakar semangat untuk melakukan apa sahaja. yeah! apa sahaja! namun, aM tidak terkecuali bila berada dipejabat. kadang-kala tekanan kerja datang melanda biasa dari manusia yang punya segala. akal fikiran termasuk sekali.

dimarah, digosipkan tu, diberi tomahan ini adalah salah satu episod sedih dalam ceritera dunia. tapi, tanpa semua itu rasa seperti gulai ikan masak tempoyak tidak bergaram. ha! (rasa macam mana?) hahaha. maknanya itu satu keperluan ya!

diatas meja, terselit gambar-gambar pembakar semangat dan tulang belakang aM untuk teruskan kehidupan! yeah! ucapan tahniah pada mereka yang masih lagi berfikiran waras, kerana mampu menghadapi masalah-masalah dunia yang pelbagai ragam. (ucapan takziah pada mereka yang sudah menjadi gila! walaupun itu bukan kehendak mereka)

tidak menjadi isu jika mi dimakan menggunakan penyepit makanan
kitakan 1Malaysia

aM bersyukur dapat kerja di suasana yang ceria!hahaha makan bila rasa lapar. minum bila rasa dahaga. oh! kadang-kala masa makan tengahari di atas meja menghadap rakan komputer.

bekerja dibahagian yang sentiasa memerlukan persedian sepanjang masa. bukan sebagai seorang doktor. (tapi aM suka menjadi doktor, boleh inject orang! ahaks!) tapi sebagai pekerja biasa. makan gaji yang hidup sederhana sahaja. (ayat puitis!)


sumber inspirasi juga selalu menguatkan kita bila kita dalam keadaan goyah! yeah! senyum mereka, walaupun gambar semata. tetap berguna. gambar makanan diatas semasa back up rakan sekerja, ketika dia bercuti. makan baru mula menyapa mulut pada pukul 1.15pm pada hari jumaat. 1.30pm, kaki melangkah ke Masjid. masa benar-benar sedang menguji bagaimana untuk mengendalikannya, dan aM berjaya! itulah kepuasan, hasil dari sokongan

inspirasi lain, dari rakan dan teman. dua perkataan yang punya maksud yang sama namun tidak serupa. ha!(pening jap nak paham!) suatu sudut, pemberian dari teman-teman aM. termasuklah. Fauzan yang baik hati memberikan snOopy! ahaks! terimas buat teman.

satu lagi hal, bila perkara yang tidak menjadi kebiasaan, menerima benda yang mungkin luar biasa. Jadual Perlawanan Bola Sepak FIFA. oh! (berjaya aM mengingati nama penuh perlawanan ini.) hahaha. apa yang aM nak buat? gantung, menganggap sebagai salah satu buah tangan dari rakan untuk aM mengingatinya. (mungkin?)




NotaKaki : harap ada pertambahan barang di sudut teman!~




Comments

Anonymous said…
gambar zapin feszam 2008 utk bakar smgt ape??
haha

-atbk
mohdikram said…
pojie...terimas.

anonymous... utk capai matlamat, kte bersatu hati. smgt berpasukan. gunakn semangat itu ditempat kerja. yeah!~

Popular Posts