Surat CInta dari Abang (ceriperam 1 )

"Dalam Hati ada taman!"


biasalah kalau ada dua insan sedang bercinta. kalau masuk orang ketiga itu masih lagi ke boleh digelar cinta? eh! kalau masuk yang ke empat dan kelima? hahaha bahagia rasanya? nikmat dan ganjaran payung emas tak terkira rasanya ya. hahaha


pelbagai cara orang menyampai cinta mereka. banyak perkara dan cara berubah adalah kerana faktor masa dan peredaran zaman. (dua perkara yang mungkin sama maksudnya barangkali?)


tiba-tiba aM teringat akan cara penyampai luahan hati cinta aM pada si gadis di bangku sekolah dulu. oh my! tak boleh bayangkan.
surat ditulis di kertas yang dikoyak dari buku tulis, dengan tulisan budak-budak seperti kuih cakar ayam yang sedap dimasak tu. dengan penuh keyakinan, dikirimkan dari teman baik kepada wanita bertuah itu. (bertuah lah okeh!) haha. ada tindakbalas dari dia! yahoo! aM berjaya! (berjaya sebab dia senyum selepas membacanya sahaja) hahaha okeh tutup kisah sedih tu.
haha.betul, kalau disambung kisah itu boleh buat pembaca menitik air mata palsu semata-mata hendak menjaga hati aM!haha
kembali kepada kisah yang aM nak sampaikan,
suatu hari yang aM lupa tarikh dan masanya, aM baru sahaja pulang dari rumah. ya! dari pejabat ke rumahlah. seperti biasa, melihat jika ada utusan dari raja dan kerajaan langit untuk aM atau tidak.
oh! tertulis nama penuh aM di satu sampul bewarna putih.
hati berbunga-bunga (maklumlah jarang terima surat!) haha buka dengan senyum memanjang ke telinga.
oh! my! surat cinta dari abang rupanya! TIDAK!!!
suratnya seperti didalam gambar dibawah,
menitik-nitik aM membacanya.






apa salah aM? aM mengemudi bahtera dengan baik aman dan sentosa, mengapa diberikan surat ini juga? apa salah aM? ( sambil pose, dan spotlight terpacar tepat ke arah aM dalam bilik yang gelap gelita) benar ke aM melanggar tanpa aM sedari? haish.. pening seketika.

andai ini yang kau pinta, akan aM turutkan juga.

moga kita bertemu Ibu Pejabat Polis yang berhampiran untuk menyelesaikan masalah ini.

sekiyan~

NotaKaki : hebat tak drama? rasa macam nak baling limau ke pisang?

p/s : ceriperam bermaksud cerita yang diperam yang mengikut nombor mana satu aM nak letak dulu. ni blog aM kan. sekiyan kali kedua.

Comments

El-Zaffril said…
Am... surat cinta dari abg polis... suka la tu...

Anyway El banyak je dapat surat layang macam tu... tp ignore sajo.. hahahahaha

Popular Posts