taman seoul (ceriperam 7)

Dirumah aM menyimpan sepasang sepit makanan (chopstick!) untuk kegunaan aM sahaja.

keluarga dirumah juga sudah sedia maklum, sepit makanan itu kegunaan aM. sama ada makan mi (ejaan mee yang betul ya) makan bihun, makan lauk-lauk sahaja aM menggunakan sepit makanan sahaja.

yeah! bukan nak menjadi orang cina mahu pun Jepun. apatah lagi menjadi Korean.hahaha (sangat berangan!) sememangnya aM hanya ingin mencuba dengan gigihnya agar dapat menggunakan semasa makan di mana-mana restoran yang menggunakan penyepit itu. baru ada style (iklan kotex!) kitakan 1Malaysia. haha

tapi, motif utama latihan menggunakan sepit makanan itu dirumah adalah ajakan dari kawan-kawan aM. amer dan ATBK untuk mencuba makanan Korea. yeah! mula-mula rasa macam nak termuntah dengarnya sahaja. eugh! orang-orang belah sanakan jenis yang kurang makan pedas. agak tidak menyeronokkan!

namun, setelah tiba masa dan tarikh untuk ke Restoran yang cawangannya terletak di One Utama. yeah! masih lagi dalam program Jalan-Jalan Cari Makan yang dianjurkan sendiri oleh ATBK, aM dan aMer.hahaha

makan itu nikmat, andai tidak di rasa. maka rugilah dia.hahaha tiada apa dapat digambarkan betapa nikmatnya merasai semuanya. hanya gambar dapat merealisasikan apa yang telah lama didamba.






hotspot!




NotaKaki : serius makanan dia sedap! dan aM menyukainya. argh! bila nak pergi lagi?!!

Comments

MM said…
wow! best2! haahah. sye x pandai guna chopstick. *FAKTA! uwwwaaaa~~
MORIBAYU said…
try lah masak kimchi
sedap woo , pedas , ranggup n fresh.
me selalu masak kat rumah. hohooh

yups..me 2
ada chopstick kat rumah.
lagi puas makan mee or meehun ngan benda nieh.

:)
El-Zaffril said…
Bile kite nak lepak sama ye am...
Amir Rayyan said…
susah sgt nk guna penyepit makanan tu...hehehe...:)

Popular Posts