bukit Cinta

anda tahu Bukit Cinta dimana? ha! aM pun baru tahu sebenarnya Bukit Cinta tu dimana.

al - kisahnya, ia menjadi kawasan untuk pasangan-pasangan yang telah bertemu kekasih buahatinya dan memadu asmara di bukit ini. dan ada juga membawa teman-teman dan keluarga untuk menikmati pemandangan ibukota di malam hari

serius! sangat mengujakan!

oh ya! kenapa aM boleh berada di atas Bukit Cinta tu? haha bercinta kah? memadu asmara ke? atau bercengkarama dibawah awan yang bulannya tak muncul tiba?

mendapat berita, pada malam tersebut sepatutnya akan berlaku hujan meteor. (bukan meteor garden ke ape ke k?) tapi kejadian alam yang jarang-jarang sekali berlaku.


Dijangka hujan meteor bermula pada pukul 11.00 malam.

jam sudah pukul 11.01 malam, tapi rasanya hujan air pula yang turun!


aM dengan gigihnya ke Bukit Cinta kerana dikhabarkan bukit paling tinggi di Kuala Lumpur. haha

keesokan harinya, barulah tahu memang kejadian hujan meteor tu berlaku. namun, hanya boleh di lihat ditempat gelap atau tepi pantai.

ha! walaupun atas bukit tertinggi sekali pun, tetapi di halang oleh lampu ibu kota pun macam tak guna juga. jadi, kenalah tunggu lagi 10 tahun akan datang.

oh ya! bukit Cinta itu sebenarnya Bukit Ampang.
namun,kegatalan beberapa pihak yang menukar sendiri nama itu.
yang tak tahu mengikut sahajalah yang tahu.


notaKaki
: walaupun tidak dapat melihat hujan meteor, tapi pertama kali dapat melihat Ibu Kota di malam hari dikawasan bukit Cinta selain dari Filem Sembilu dan Maria Mariana.

Comments

Anonymous said…
ada ke nama Bukit Ampang... kalau Jalan Hulu Langat tu... ada la. hehehe
MORIBAYU said…
me pernah lihat hujan meteor.
biasanya durasinya panjang.
dari tgh malam hingga subuh.
jika malam hujan...jangan bimbang , selagi matahari belum terbit..fenomena itu , still boleh di tgk.

mmg cantik...dan indah
bintang2 macam jatuh.
:-)

Popular Posts