O U D



OUD dan CELLO

gambus dari Yemen

apa beza dua perkara benda diatas?
atas info yang diberikan oleh bakal gambus Guru aM,
abg Raja Zul. (cool masuk blog wei!)

memaklumkan bahawa,
jika alat muzik yang kembung ,
gemuk bertali dan menghasilkan bunyi-bunyi arab
itu adalah oud.
berbeza dengan fahaman kita
oud itu adalah gambus

gambus pula adalah sejenis alat muzik yang kecil
dan memanjang sedikit dari OUD
tetapi menghasilkan bunyi yang sama dengan OUD.
(macam mana tu?)

sebenarnya,
alat muzik ini berasal dari timur tengah.
dan panggilan Gambus (yang dipanggil di Malaysia)
sebenarnya lebih dikenali sebagai OUD di tanah arab
tidak kira sama ada di Lubnan, Syria atau turki.
Kecuali di Yemen, alat tersebut memang dipanggil gambus.
semestinya kita perlu mengikut panggilan atau
nama sebenar alat muzik tersebutkan?

setakat itu info mengenai
Oud dan Gambus.


entri kali ini aM nak bercerita
mengenai betapa terujanya aM
dapat memegang gambus buat pertama kalinya ya!


selepas tamat kelas Gamelan bersama Asuhan Seni dibawah kelolaan UIAM ya.
aM bersiap untuk pulang, dan memusingkan badan kebelakang.
alangkah terkejut aM melihat bentuk gambus!
aM yakin itu gambus walaupun berada didalam bekas lembut (Softcase)

aM menjerit-jerit setelah membuka zipnya
dan mendapatinya, omg! pengsan jap* (acah je!)
sebijik OUD yang telah rosak.
boleh dipetik, bunyi tidak seindah mana.
dan terdapat banyak sopakan dibahagian hadapan
asalkan boleh berposing sudah mencukupi ketika ituan.

Namun, 30 Oktober 2010
pada pukul 9.00 pagi
(sebenarnya sampai ditempat yang dijanjikan pada pukul 10.00 pagi)
aM dan ATBK (alang tengah biru kundang)
bertemu dengan seorang pemuda yang bakal menjadi guru gambus kami
dari perbincangan mengenai sejarah Oud dan gambus
sehingga beberapa isu yang lain.hahaha
yang penting, kena mendapatkan Oud sendiri.
baru boleh belajar dengan beliau!

masih lagi dalam keadaan teruja!



NotaKaki :
Oud bukan gambus. dan gambus bukan Oud

Comments

Zack Azrin said…
wahhh...
pndai kew main tuh...
hehehe
=)
mohdikram said…
dalam proses hendak belajar.ngee!~
Zack Azrin said…
heheehe...
bljr tuk z skali erk...
=)

Popular Posts