penang yang P E N I N G ! ! !
Salam 1Malaysia! (tiba-tiba semangat KIK masih membara)
Tempoh hari,
oh! silap. pada bulan Disember Tahun Lepas.
aM dan geng-geng TakKeringGusi membuat trip ke Penang.
pulau Mutiara beb! di pulau ya. bukan di tanah besar.
aktiviti seperti pelancong dari luar negara
melawat tempat-tempat yang menarik
serta mencuba makanan di sana!
orang cakap tak lengkap kalau tak ke Line Clear!
kedai Makan Mamak beb!
aM kurang pasti, apa yang istimewanya sampai ramai yang datang sini.
makanan dia, aM rasakan tiada istimewanya.
tapi berbeza dengan mulut dan perut orang lain macam mana penerimaanya :)
eh! tipu je. aM rasa mamak di Q-Bistro lagi banyak kot pilihan.
kemudian kami ke padang apa tah.
aM lupa lagi! (banyak betul makan semut!)
sampai di FoodCourt tersebut,
kami diserang oleh peniaga disana.
Kejutan budaya sebentar.
tapi, masing-masing control ayu dan cantik.
(yeah! kawan2 aM semuanya artis. memang sudah biasa diserang begitu)
Pasembor! orang KL panggil Rojak kot!
sebab seakan-akan sama dengan rojak.
sepinggan aM dan Sazry (kami share makan!)
RM20 tak silap! bapak mahal!
nasib share. kalau tak. haish!
Tapi nasib sedap,
dan licin pinggan kami kerjakan!
hahahaha!
Comments