Redang 1 - Aktiviti Siang



Salam 1Malaysia.
(macam mana rakyat Malaysia pelbagai agama nak menjawabnya?)

okeh. ada dua maksud disebalik salam aM berikan tu.

lupakan sebentar mengenai hal itu.

----------@----------

Tempoh hari,
sebenarnya aM sekali lagi lupa tarikh event tu berlangsung
sebabnya update blog 10 tahun sekalikan.


aM dan sekumpulan kawan-kawan aM
dari Kuala Lumpur telah merancang untuk ke Pulau Redang
plan ni 4 bulan sebelum hari pergi ke pulau tersebut
delay sebab ketiadaan bilik di resort-resort disana.
(kata Travel Agent tu la)

Itinerary Perjalanan
bermula pada
5 Mei 2011
pada pukul 10.00 Malam kami menaiki Bas Sani dua tingkat tu
dari Terminal Bas Putra
(yang sangat hazab!)
okeh sangat best.
kali pertama naik bas dua tingkat, jadi sangat teruja!
#betultaktipu.



Sampai di Kuala Terengganu pada pukul 5.00 pagi!
dan kami disambut oleh abang pemandu
dari Travel Agent tu. (lupa nak tanya nama abang tu)

kami ke duduk sementara di pejabat Travel Agent tu dan buat apa yang patut disana.
sementara menanti sang Fajar muncul dari tempat persembunyiannya.


Bila sang Fajar muncul, kami mencari kedai makan berhampiran!
okeh! kami lapar untuk sarapan pagi.
sudah sampai KT, selera kami bertukar menjadi orang Ganu ler.
kami mencuba nasi Dagang!
okeh serius lain dari KL dan lagi sedap yew!!



Makan sudah,
abang pemandu yang aM lupa nak tanya nama,
bawa kami ke Jeti pula. okeh.

Sampai di Jeti,
BOT tiada lagi!!
benci tunggu. nasib baik pemandangan di sana
SANGAT MENARIK!



Bot sudah naik.
agak kecil.
tapi kami harapkan speedboat yang buat orang nak tercampak ke laut tu
tapi malang, itu hanya impian yang tidak terlaksana yew.
perjalanan memakan masa selama 45 minit.
kematu juga montot ni.

45 minit kemudian
kami sampai di Jeti
yang macam pentas untuk catwalk!
okeh. mereka betul-betul catwalk ya diatas tu.
dang!



abang gagah perkasa!
#pitam


Aktiviti seterusnya,
kami Check-in dan lepak di bilik, kemudian makan
dan tunggu masa untuk snorkeling. dang!





NotaKaki : aktiviti siang memang best. belum lihat malam dan snorkeling lagi.lalalalala.





Comments

Indra said…
jangan sekali-kali u postkan pic yg tak senonoh aktiviti malam kat blog u ni..

malu i kang.. isk isk iskkk..

Popular Posts