buahati ku disana


Selamat ulang tahun buahatiku.

Buahati ku disana,
pelbagai perkara telah banyak dikongsi bersama,
senyum dan gelak tawa tika berderai seiring dengan air mata,
perang mulut hanya disebabkan idealogi politik kita berbeza.

Buahati ku disana,
kamu terima apa yang kurangnya saya,
melimpah ruah tangan yang saya tadahkan,
menerima banyak perkara dan ilmu yang tidak terhingga.

buahati ku disana,
senang rasa saat-saat kita bersama,
banyak perkara dirungkai dan terlerai jua,
rindunya saat cara kita bertemu buat pertama kalinya,
tak sangka boleh tahan begitu lama.

buahati ku disana,
terimalah buahtangan dari ku yang tidak seberapa,
sebagai penghargaan kerana sudi melayan karena yang tah apa-apa,
tidakkan ku lupa saat-saat kita yang lama sangat menggamit memori rasanya
terima kasih buahatiku yang berada disana..



NotaKaki : Cinta itu bersifat sempurna, tebarkan sahaja dimana kita berada.

Comments

ZWAN SABRI said…
Untunglah buah hati kamu..
semoga bahagia bersama si dia.. ;)

MySuaraBlog: Trend Tindik Alat Kemaluan

Popular Posts