Destinasi Anak Muda
Salam 1Malaysia
10 tahun rasanya tinggalkan dunia blog!
oh!saya. sangat lama rasanya!
mungkin disebabkan pengurusan masa aM yang gagal!
oh!saya
tempoh hari, aM bercuti ke Pulau Lang Merah.
dalam bahasa Sanskritnya Langkawi!
Lang = Helang
Kawi = merah
okeh dapat satu ilmu!
nasib percutian di taja sepenuhnya.
belanja nak beli coklat Daim tu sah-sah kena keluar duit sendiri
cuma yang ditaja dalam percutian kali ini hanyalah,
penginapan, pengangkutan dan makan semasa disana.
bukan ditaja oleh bapak gula atau mak gula,
tapi ditaja sebagai penghargaan kerana memenangi pertandingan kawad
dalam Perarakan Maulidur Rasul 1432H masihi 2011 Peringkat Kebangsaan
fuhh.. tahniah buat peserta!
aM? cuma Ahli Jawatankuasa sahaja, tiada apa perlu dibanggakan.(Sedih!)
Dari Kuala Lumpur Rombongan Cik kiyah ni datang dengan menggunakan Bas!
ok dua bas! Jumlah peserta hampir 70 orang!
bapak gila ramai. eh!
maksud aM ramai kaum bapak-bapak
Kami sampai di Jeti Kuala Perlis
pada pukul 7 pagi!
Sampai di Langkawi,
kami ke lokasi penginapan.
Institut Pengurusan Peladang?
oh! Nampak macam tak gah!
tapi kami tak kisah, asalkan dapat tidur waktu malam
atas katil yang selesa sudah cukupkan.
Tengok, cantikkan walaupun nama dia macam pusat latihan.
walaupun macam tahun 1985 punya hotel.
sangat selesa bukan?
Selesai Berjumaat,
aktiviti pertama kami adalah melawat sekitar pulau-pulau
yang terdapat di Langkawi
oh! terbang RM30.00
Mesti pernah dengar Pulau Tasik Dayang Bunting
dapat pulau ada tasik. kau ada?!
dalam rumah ada kolam renang tu, biasa!
mitosnya,
seorang puteri melarikan diri dari kayangan,
setelah didapati mengandungkan anak seorang manusia.
tetapi disumpah setelah puteri kembali turun ke bumi oleh ayahandanya (tak tahu nama)
tapi semua tu mitos sahaja.
Tempat sangat menarik!
walaupun agak azab bila sudah masuk ke laluan nak menuju ke tasik tersebut.
cantik luar, tidak dalam ok!
mungkin sebab masalah monyet liar yang terdapat disitu mungkin.
dan mungkin juga salah manusia yang tak pandai buang sampahkan ditempatnya?
Destinasi Seterusnya ke Gunung Mat Cinchang (betul ke ejaan sebenar?)
lokasi ni pertama kali aM naik.
ok terbang lagi RM30.00 aM
tu harga nak naik atas gunung tu.
tapi sangat berbaloi kalau semua lokasi yang disediakan
kalian pergi!
Lokasinya sangat cantikkan?
post ke Langkawi ni tidak sepenuhnya,
sebab kebanyakkan dari kita sudah ke sana.
oh!cuti-cuti Malaysia kalau ada yang ditaja memang menyeronokkan.
Lokasi mak cik - mak cik seperti Pekan Kuah, Idaman Suri dan lain-lain
memang tak perlu aM ceritakan kot.
tempat membeli-belah bebas cukai.
oh! sama seperti di KL.
habis duit!
"Idaman Suri, Igauan Suami!"
(kenyataan dari salah seorang suami Ahli Jawatakuasa)
hahaha!
sekiyan!
NotaKaki : melanconglah Ke dalam Negara terlebih dahulu, sebelum terus nak keluar negara.
Comments
MySuaraBlog: Trend Tindik Alat Kemaluan