Hari Kemenangan Kedua

Sedekad lamanya juga untuk aM mencari masa bagi meng"update"kan blog aM ni.( tu la bila bahasa Ingggeri dimelayukan) dan aM cuba mencari masa untuk memastikan cerita mengenai keseronokan salah seorang umat (ni blog aM, jadi aM umat yang di maksudkan tu aM la) islam yang berjaya dalam menempuhi dugaan. sebagai ganjaran, menikmati raya dengan aMan, damai dan tenteram. lalalalalala. (iklan 1MALAYSIA lagi)

Kisah raya kedua aM dikampung, oh! kemain jugalah seronoknya. tapi, ada sikit la terpeleot untuk raya tahun ni, sebab "ketidakhadiran" ayahanda aM bersama kami. seperti yang aM ceritakan pada entry sebelum ni dalam, HARI KEMENANGAN PERTAMA. okeh. kembali kepada mood Raya!



Pada kebiasaaan, (baca sekali lagi, KEBIASAAN!) orang melayu ni suka pergi ke kubur pada pagi raya sahaja. terutama raya pertama. mungkin sebab tradisi ini macam sudah jadi satu kebiasaan bagi orang melayukan? tapi, raya tahun ni aM dapat pergi ke kubur datuk ( kalau datuk orang2 istana panggil apa yew? aM lupalah, lama tinggalkan istana! wah!) aM. ada kisah disebalik jarak kubur datuk aM dan Nenda aM berjauhan. kerana apa? ni lah yang menarik untuk aM ceritakan.

(cerita sampingan)
Ingat tak dulu aM ada ceritakan keluarga bonda aM duduk di kedarat? (memanglah, takkan laut pula. tapi agak pendalaman juga la rumah lama mak aM tu) kebetulan pada zaman itu, aM kurang pasti pada tahun bila, Perak pernah dilanda air bah (banjir orang perak cakap!) teruk dan menenggelamkan beberapa bahagian sehingga menutupi keluruhan tahan rendah di Perak.

Ajal hadir tak kira waktukan, datuk aM telah dijemput menghadapNya terlebih dahulu dalam keadaan Perak masih digenangi oleh air. (buat masa ni kalian ada rasa sebak tak?) Jenazah datuk aM telah dibawa menaiki sampan untuk ke perkuburan kampung. (uwa! sedihnya!!) tapi, di tanah perkuburan juga ditenggelami air bah. sehingga tidak menampakan tiang-tiang putih yang mencacak tanah.

Kemudian Jenazah di bawa ke kampung sebelah. (perjalanan menaiki kereta adalah dalam 15minit. kalau nak sampan agak-agak berapa lama?) nasib perkuburan mereka ditanah tinggi. atas bukit. maka dikebumikan datuk aM disana. (sambil mengelapkan air mata).

Cerita disampaikan oleh Bonda dan Bondacik (mak cik aM)

inilah "tuntung itu"

Petangnya, selepas kembali dari kubur Datuk dan Nenda aM, aM dan sepupu aM yang sekapala (sekapal itu? oh tidak, tapi sekapal ini) aM membawa mereka ke tempat penternakan tuntung di pekan parit kalau tak silap aM. haha (teringat masa kecil aM nak pergi kemain! tapi tak ada siapa nak bawa.) haha sebut tuntung, teringat "tuntung" kawan aMer.haha


aMpaian tu salah satu dekorasi bagi menaikan semangat kekampungan tu.

Sampai ke petang aM dan sepupu sepapat aM memerhatikan tuntung di jabatan perhilitan tu. masuk Free (percuma) sahaja tau! jadi, datanglah bawa anak-anak okeh. (anak ikan? haha lantak kaw la nak bawa ke tak.) kami buat satu lagi program, iaitu memasang pelita. haha! (jangan kaw gelak sebab raya kedua baru terhegeh-hegen nak pasang pelita) betul, sebab baru raya kedua kami semua berkumpul. agak meriahlah dengan anak-anak sedara (tapi, anak buah aM tetap panggil aM, aBg AM!) haha

kemeriah tu teserlah sebab budak-budak yang memainkan peranan pada malam raya kan? dengan bermain bunga api, mercun, pumpam2 meletup sana sini, rasa bengang juga tapi tak kisahlah setahun sekali.(putus jari, amek kaw! setahun sekalikan?) tapi, pakCik2 dia juga yang gatai pasang pelitakan?

betullah niat pakCik dia yang kaCak ni memasang untuk menerangi malam yang gelita. betul, dekat kampung aM tu ramai penghuninya sudah meninggal. anak2nya pula semuanya sudak ke Bandaw (pihak entiti bukti boleh la datang ke kampung aM untuk membuat liputan okeh.)

Dalam kemeriahan malam tu, aM ada dengar2 cerita di rumah pusaka tu nak buat mesyuarat bagi majlis pada raya ketiga tu. majlis apa pada raya ketiga? hahaha tunggulah pada entry akan datang.

Cahaya pelita aM tangkap ni dari salah satu daripada pelita yang aM gantung sendiri tao.wah! kemain! sebut cahaya, teringat Hari Diwali yang bakal menjelma. baju raya tak beli lagi ni. adoi! matilah!!




Bersambung~





NotaKaki:harap-harap raya akan datang akan sama pada hari raya tahun ini. wah! kemain verangans.

Comments

Unknown said…
huhu
mcm best jer kampung am...
Penapenis said…
kampung saya best jugakk.. sape nak ikut balik? hehe
MORIBAYU said…
wahhhh tuntungggg !!!

orang cakap..leh makan telur tuntung
errr...tul kah ???

Popular Posts