manusia tidak Mengenal manusia!

terpanggil aM untuk membuat sedikit ulasan berkenaan dengan salah seorang penulis blog yang mungkin merasakan kesempurnaan dalam dirinya sudah mencapai tahap nirvana.

mungkin dia tidak membaca mengenai entry aM mengenai KETIDAKSEMPURNAAN! yang aM catitkan untuk sesetengah golongan yang tidak memahami tapi hanya tahu mengeji golongan sebegini.

perbalahan antara dua jenis gender (aM selitkan "jenis" selayaknya disebabkan sifat mereka yang ingin selalu berkelahi) ini pasti tidak akan berkesudahan apabila dua golongan manusia ini saling tidak hormat menghormati diantara satu sama lain.

terus kepada perkara yang aM nak sampaikan, dari laman sosial yang aM lihat. salah seorang sahabat aM ada post satu entry berkenaan dengan manusia yang tidak kenal erti kemanusiaan!

pembaca boleh membaca entry blogger bernama SYAFIQSTATICHOT! mengenai entry yang bertajuk MAT SOTONG! terlebih dahulu sebelum meneruskan membaca nurkilan aM yang am karangkan menggunakan mata akal pula.





ok! sudah baca? bagus!





kesimpulan yang kalian dapat buat?
ok simpan je, tak pun luahkan sahaja pada blog kalian sendiri.

Namun bagi aM, kesimpulan yang dapat aM buat sedikit sebanyak dari nurkilan SYAFIQSTATICHOT! yang penuh indah bak bunga plastik yang seperti tidak akan layunya serta setelah membaca komen-komen yang menyokong dan membangkang dalam entry nurkilan blogger ini. boleh aM cakap, luahannya adalah berlandaskan nafsu emosi tanpa bimbingan akalnya. yeah! nafsu emosi tanpa bimbingan akalnya!

bagi SYAFIQSTATICHOT! yang merasakan mat sotong ni komuniti yang merosakkan dan memalukan bagi keluarga mereka, bayangkan kalau semua ibu bapa berperangai seperti SYAFIQSTATICHOT! yeah! aM rasa lagi huru-hara dunia kerana mereka mengejar KESEMPURNAAN semata-mata. mungkin mat sotong hanya manusia yang cacat sifatnya, masih lagi boleh diterima, kalau cacat anggota dan fikirannya? boleh ke manusia seperti SYAFIQSTATICHOT! dapat menerimanya? haish..

dengan taglinenya,

"CAKAP BIAR LEPAS KALAU DAH BETOL !!!!"

jelas menunjukkan tahap kematangan dia berada di aras rendah. apabila merasakan segala perkara yang dilakukan adalah betul tanpa perlu meminta pendapat dan bertanya pada orang yang lebih dewasa darinya. sedangkan lagi Baginda bermesyuawarah bagi mendapatkan keputusan yang baik sebelum diumumkan, inikan pula manusia biasa seperti kita.

tidak tahulah sama ada mereka sedar ataupun masih tidak mahu berjaga dari mimpi indah buatan mereka sendiri, yang mana kesempurnaan hanya pada Tuhan yang Maha Esa. tidak bagi manusia.

satu kesilapan besar bagi dia apabila tidak dapat menerima sifat ketidaksempurnaan orang lain!

jika aM nak menyentuh mengenai agama dan hukum-hakam bagi isu mat sotong ni, aM bukanlah seorang yang pakar. tapi, benda tu tak bermaksud pengetahuan mengenai agama mereka itu cetek.

namun, masih segar dingatan yang aM pernah terbaca, tercatat cara sembahyang dan mengebumikan seorang khunsa atau lelaki yang mempunyai gen wanita yang lebih, berdasarkan cara perwatakan yang dibawa. jelas menunjukkan setiap penyakit yang ada didunia, pasti disediakan juga pengubatnya.

secara ringkas aM memperingatkan kembali maksud dan tujuan manusia dijadikan berbeza-beza dari segi kaum, bangsa, agama dan jantina dibumi adalah untuk:-

1) kita saling kenal dan mengenali antara satu sama lain.

2)untuk kita belajar erti kemanusian.

3)untuk kita mengerti apa itu kehidupan.

4)dan memahami nilai-nilai murni seorang manusia yang telah dikurniakan akal.


kesimpulan aM secara ringkas dan berlapik-lapik ni diharapkan agar menjadi pengajaran dan tidak melahirkan manusia-manusia yang hanya tahu menulis blog berdasarkan nafsu emosi semata-mata tanpa memikirkan dari beberapa lagi aspek sifat kemanusiaan dan agama.

jika masih tidak mengetahui apa itu kesempurnaan atau ketidaksempurnaan, mungkin boleh baca kembali entry aM mengenai KETIDAKSEMPURNAAN! yang aM penah karangkan dahulu.




NotaKaki : jadilah manusia yang mengenali diri dan sifat seorang manusia, bukan seperti seekor anjing yang hanya mengenali tuannya.


Comments

Unknown said…
Encik Am. Tag line dia sdri sangat bodoh. Allah berfirman kepada Nabi Musa apabila Nabi Musa hendak berdakwah kepada Firaun:

"Hendaklah engkau sampaikan dengan penuh hikmah dan lemah kembut.."

See. Dengan Firaun yang claim diri sendiri Tuhan pun Allah suruh cakap elok-elok. Ini pulak dia (Syafiq) yang bukan Nabi ittiu untuk berdakwah kepada mat sotong yang tak pernah claim diri mereka sebagai Tuhan. Walhal lemah gemalai pulak Mat Sotong nih.


Sekian.

sekadar pandangan.
AfiQ said…
terkejut kot baca entri die.. xsepatutnye die jatuhkan terus golongan-golongan camni.. kalau die betol2 jantan, bantu la mereka2 yg dlm kategori ni.. fiq ingat lagi my lect. ade pesan, golongan2 mcm ni jgn di sishkan.. cuba kita tgk keblehan mereka, kekuatan mereka.. kite support yg itu sepatotnye.. ceteknye pemikiran manusia ni.. sedih plak bile baca..
mohdikram said…
yeah mell...mungkin dia tak nak kaitkan dengan lembut itu.barang kali khuatir diakaitkn dengan mat sotong. orang2 seperti ini sangat kasihan. marilah kita bimbing dia.
mohdikram said…
afiq...yeah.dari tagline dia boleh kita tahu siapa dia ni.macam mana dia ni.kadang kala menjatuhkan hukum itu sndri lagi teruk dari pesalah hukuman itu sendiri.
Unknown said…
ye. dia sangat MENAFIKAN diri nya sebagai sotong. tapi kalau tak sotong pun, Quran baca tiap-tiap hari ke? Semayang cukup 5 waktu ke? Subuh tak pernah terlajak ke? Sempurna ke diri tu sebagai hamba Allah? Mari kita bimbing dia sambil jinjit kan hand beg dia. kesian.
ZWAN SABRI said…
Setuju!
kesimpulan yang dapat zwan bwat,
kat dunia ni xdak sapa pown yang sempurna..
klaw kita tuding jari tunjok kelemahan orang laen, kita bekali ganda ada kelemahan2 tuu..
So, kalaw nak orang lain hormat kita, kita kena hormat orang laen dulu..
;)
apabila manusia itu sendiri merasa dir mereka tuhan, sewenang2nyanya menjatuhkan hukum terhadap manusia lain..

apabila manusia itu berfikir bahawa dirinya bagus dan sempurna, lalu menidakkan ketidaksempurnaan insan lain..

maka itulah yang berlaku.. penat la.. aishhh! i rest my case!
cham's said…
OMG...lama tak jenguk kast sini, am pe citer?
Anonymous said…
Congrt Am...
Mamat tu actually tak sekolah or tak cukup di sekolahkan..
Perasan dirinya bagus..dan mmg tak bagus pun..
Apa pun, dia akan tahu gak nanti bila 1ari nanti terjadi dlm keluarganya sendiri..

ndKLfm

Popular Posts